Wednesday, February 4, 2009

Perak Yang Sesak


Pelik. Sungguh pelik. Mengapa Adun di Perak keluar parti beramai-ramai? Berita terbaru aku dengar BN dah kuasai Perak. Yang lagi pelik, ada sorang Adun BN dah keluar parti selama 10 hari, jilat semula ludah dia dan kembali semula ke pangkuan BN. Apa jenis manusia ni? Aku betul2 pening. Apakah ada janji2 yang ditaburkan? Adakah kebetulan pula perkara sebegini berlaku ketika Timbalan Menteri Perdana memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

Aku cukup takut sekiranya ada perkara2 yang tak elok di sebalik semua ini. Aku tak kisah pun, siapa yang memerintah tapi biarlah secara gentleman sebagaimana yang aku sebut dulu. Pada aku, aku setuju dalam keadaan sebegini dibubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya semula di Perak. Baru nampak adil dan saksama. Rakyat diberi hak semula menentukan kerajaan pilihan mereka, jika benar itu kehendak mereka.

Dalam keadaan sebegini, adalah tidak adil menganggap penguasaan semula BN ke atas negeri Perak melambangkan kehendak rakyat kerana sangat jelas bahawa Adun ini hanya mewakili diri mereka sahaja. Mereka sanggup berbuat apa sahaja atas alasan kehendak rakyat. Rakyat hanya digunakan sebagai batu loncatan serta untuk menghalalkan tindakan mereka saja.

Malang dan kasihan penduduk negeri Perak.

7 comments:

Syed @ Don said...

melucukan pergerakan politik hari ini. Boleh tukar-tukar brand sekejap aje. Arini kutuk, esok kawan.

BN 28, PR 28, bebas 3.

takde sape-sape pun saya rasa layak nk cakap dia boleh buat kerajaan. cara plg adil, pilihan raya semula. kalau pilihan raya semula ni, 4 calon tu mesti bingung memikirkan "cap" apa nk pakai. Pakai cap bebas kang mahu hilang deposit. Nak cap PR, da keluar, Mau cap BN, da ada yg menunggu dengan mulut ternganga kan jawatan itu. kelakar sungguh.

Pilihan raya je la keseluruhan Perak tu. buang je org takde prinsip tu. esok dia cakap sokong BN, kalau lusa dia kata sokong PR, bubar semula pulak? hek eleh. Nk tunggu sampai kena lantik jadi menteri besar dulu baru puas ke? ha ha ha.

keretalembu said...

Betul jugak ye. Tak terfikir pula kerusi di Perak ni skrg sama 28 je. Macam mana BN boleh nak tubuh kerajaan baru. Misteri ni.. Saya setuju dgn saudara. Pilihanraya memang jalan paling baik. saya pun dah naik nyampah dgn ahli politik suka tukar brand ni. Kejap cap ayam, kejap cap kambing. Buat pilihanraya. Biar kita tgk, apa jadi pada ahli politik cap ayam ni..

orang ulu said...

Saya setuju dengan Hanipa Maidin ( rujuk harakahdaily hari ini ) Penuh ilmu dan bukan emosi. Meminjam kata-kata Shafee Abdullah, dua orang ADUN itu bukan macam patung, bergerak saja ada orang parti call, tapi kini patung tu bernilai bagi parti satu lagi, entah-entah jutaan ringgit. Politik katak merupakan politik hanyir yang layak hanya di lubuk yang kotor lagi busuk.

Anonymous said...

Salam ulkhwah. Itulah politik. yang tidak cerdik tidak akam melihatnya, yang baru setahun jagung juga tidak akan memahaminya. Nanti bila adik dah dewasa akan faham selok belok politik. Yang dikata kotor bukan politik dan parti politik, tetapi individu. Yang boleh jadi UMNO,PAS,PKR,DAP,MCA.MIC, dan lain-lain.

Anonymous said...

bERANIKAN hATI said...

Sdr Kereta lembu,
1)zaman nabi takde parti secara langsung tapi berdasarkan suku kaum dan bangsa - BILA KITA BRCAKAP TENTANG FAKTA JADI KENALAH TUNJUKKAN FAKTA, OLEH ITU JAWAPAN UNTUK PERKARA 1 ADALAH DIZAMAN NABI TIADA PARTI.
2)Nabi merupakan ketua dalam politik di Madinah. Nabi pun byk menyentuh pasal politik. ( kot2 ko tak tau. )- KITA BERCAKAP TENTANG PARTI PAS, ADAKAH NABI SEBUTKAN TENTANG PARTI PAS? TIDAK!
3)Menegakkan hukum islam adalah wajib.- BETUL DAN BAGI SEMUA ORANG ISLAM DISERATA DUNIA
4)Mengundi parti yg memperjuangkan islam adalah wajib ( kata para ulama seluruh dunia, bukan aku. )- TOLONG NYATAKAN DENGAN JELAS ULAMAK MANA DAN DIDUNIA SEBELAH MANA. KALAU HANYA ULAMAK DARI PARTI PAS DARI MALAYSIA IANYA TIDAKLAH BOLEH DIKIRA KERANA ADANYA KEPENTINGAN POLITIK DENGAN MEMPERGUNAKAN ISLAM.
5)BN kesayangan ko tidak memperjuangkan islam secara menyeluruh. mana boleh ambik sekerat2 je. - MUNGKIN SAUDARA BETUL, TETAPI BN TIDAK PERNAH MENGHALANG PERJUANGAN ISLAM DI MALAYSIA. UMNO TIDAK PERLU LAGI MENYATAKAN MEMPERJUANGKAN ISLAM KERANA UMNO ITU SENDIRI PARTI ORANG-ORANG MELAYU YANG ISLAM. ADAKAH PKR DAN DAP YANG JADI SEKUTU PAS MEMPERJUANGKAN ISLAM? DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM LEBIH DARI UMNO?
6)kalau kita jahil, kita belajar dgn org yang lbh tahu. Jgn belajar dr buku atau dengar2 dr org je. Jgn lak buat tafsiran sndr tntg agama. soal agama tak boleh ditafsir pakai logik. - SAUDARA BETUL TENTANG INI DAN SAYA SETUJU.DAN DISINI SAYA TRIDAK BINCANGKAN SOAL UGAMA , SYA BINCANGKAN SOAL PAS PARTI YANG MENGAKU PARTI SILAM. JANGAN KELIRU DAN LARI DARI TAJUK PERSOALAN.
7) Mungkin tuan lebih mengetahui.wallahua'alam. - WALLAHUA'ALAM - HANYA TUHAN YANG LEBIH MENGETAHUI. MANUISIA BUKAN PENENTU SEGALANYA.KITA TIDAK LAYAK MENENTUKAN SESEORANG ITU KAFIR ATAU TIDAK DAN SESEORANG ITU MASUK SYURGA ATAU NERAKA, ITU URUSAN ALLAH BUKAN SAYA ATAU SAUDARA ATAU PARTI PAS ATAU ULAMAK PAS. DIAKHIR ZAMAN INI MANUSIA SANGGUP JUAL UGAMA MEREKA UNTUK KEPENTINGAN DIRI. SEMOGA KITA ADALH TERDIRI DARI ORANG-ORANG YANG SOLEH DAN BERADA DIPIHAK YANG BENAR.
February 1, 2009 10:29 AM

orang ulu said...

Salam perkenalan dengan beranikan hati. Saya baca komen sdr di keretalembu. Teroanggil rasanya nak jawab 1 , 2 tapi takut tak kena. Cuba lah yek... Saya terlibat dalam 2 alam politik. Pertama zaman bujang dengan bulan dan kini byk kawan2 keris telanjang. Ada beberapa kelebihan dan kekurangan bulan dan keris telanjang.
1. Memang zaman nabi tak de politik. Jgn lupa nabi juga adalah negarawan dan pemerintah. Tak ke itu juga politik. Apa itu politik. Apa sahaja yang berkaitan dengan pemerintahan, diperintah, pilihanraya, mentadbir dan lain-lain. Itu semua terkandung dalam bidang politik. Politik moden terdiri daripada pilihanraya yang pelbagai mengikut selera negara. Tak ada parti zaman nabi memang betul, tetapi politik nabi ada cuma tak macam sekarang.
2. Memanglah pas taknye ada zaman politik nabi sebab pas belum wujud. Umno pun tak ada. Ini bukan medium perbincangan.
3. Setuju. tegak hukum Islam wajib bagi semua. Tapi Islam Umno nampak tak berapa nak. Apabila skrg berbincang dgn rakan2 keris telanjang, nak buat program, soal solat mereka buat tak tau. Solat pun tak nak. Nak makan jee... Masa dengan bulan dulu solat, aurat menjadi keutamaan. Bukan saya kata Islam Pas lebih bagus, tetapi dua alam yang saya alami( jgn marah ).
4. Benar mengundi org yang nakkan Islam wajib. Paling tidak bulan nakkan Islam, berniat nak buat Islam, tegak Islam, walaupun penuh cabaran. Tak mampun tak apa. Macam solat, tak mampu solat berdiri, baring pun boleh. Tapi masalah dengan pemimpin keris telanjang, bila perintah Islam setakat masjid, elaun guru agama, imam, Insuran Takaful, Bank Islam. Itu je ke??? Thailandpun ada masjid. Kalau betul Islam, buat hudud, hapuskan arak, mansuhkan 4D. Ini kat Raub bandar kecil, 4D dan toto bersepah. Apa citer brader???.
5. Umno tak pernah halang perjuangan Islam. Ada betul ada tak??? Pas banyak kali tersekat, walaupun parti itu bebas memasuki pr. Lihat sejarah bagaimana ada wanita dari parti xxx telah menyerang seorang penyokong pas di lubuk merbau dan meninggal. jgn lupa kes itu.masuk court tapi ...
6. Pengamatan yang tajam serta pengalaman saya pas lebih sejuk dari umno. pemimpinnya boleh dibawa ke depan dalam pelbagai bidang berbanding keris telanjang.Saya berada di kampung melihat bagaimana ketua kampung dari parti keris telanjang yang langsung tiada talent utk jadi ketua kampung. Tiada pengalaman mentadbir dan ugama??? Islam tapi atas nama. Maaf...

keretalembu said...

terima kasih kerana yang memberi pendapat.. enggan memanjangkan isu.. Benar atau tidak apa yang aku tulis, terserahlah kepada anda yang membaca..