Tuesday, February 3, 2009

Hikayat Kereta Lembu



Aku dah ubah title blog aku ni kepada HIKAYAT KERETA LEMBU. Nak bagi sesuaikan dengan isi blog ni. Nama KERETALEMBU ni aku dah pakai zaman-berzaman. Susah nak ubah. Walaupun macam2 kesukaran yg timbul (termasuklah org ingat aku org Melaka dan mcam2 lagi) , aku akan kekal guna nama pena aku ni. Kalau ubah, gerenti tak ingat nama baru tu.. Dah sebati.

Hari ni aku sempat ajar sorang sahabat cara2 buat blog ni. Harap2 dapatlah dia buat blog utk diri dia sendiri. Aku bukan pandai pun, tapi ilmu sikit2 ni aku kongsilah. Sikit2 boleh la.. Lebih2 aku pun tak pandai. Sahabat tanya aku tentang tema blog dia. Aku cakap aku mana tau. Blog aku ni aku belasah apa yang aku terlintas je. Nak buat blog pasal peribadi aku, pada aku hidup aku, hak aku la. Cintan-cintun ni, dah habis zaman. Kenangan banyak tapi yang berlalu tu, biarkan berlalu ( macam lagu Wings tu ). Jadi aku cakap pd sahabat, atas diri dia sendiri la nak buat apa blog dia tu. Aku menyokong je. Jangan yg pelik2 dah le.

Kata org, bila kita mati nanti penemannya adalah ilmu yang bermanfaat.. Harap2, manfaatlah ilmu yg aku bagi tu..

3 comments:

Syed @ Don said...

Sebenarnya blogspot adalah satu alat yg digunakan oleh sebuah syarikat gergasi bernama Google utk memonopoli internet dan seterusnya melantik diri mereka sendiri sebagai pengawas internet. Bagaimana caranya? Google telah menyediakan pelbagai perkhidmatan percuma kepada semua pelanggannya
- mahu website? blogspot
- mahu chatting? googletalk
- mahu surfing? google.com
- mahu explorer? google chrome

tujuan nya adalah utk mematahkan monopoli syarikat2 peneraju internet yg lain dan cabaran terbesar google (yg masih belum mampu dibeli google) adalah Yahoo. Jika dengan blogspot, semua bebas bersuara, lama-kelamaan Google mempunyai kuasa utk memadamkan blog sesiapa yg dikehendakinya.

Namun begitu, walaupun nampak usahanya ke arah itu, saya masih lagi menggunakannya kerana ia adalah web percuma yg plg mudah digunakan dan menawarkan anonymous.

Kepada sesiapa yg baru mula berblog, tulislah apa yg benar-benar anda ingin luahkan atau pendapat anda. Janganlah menulis blog menampakkan kebodohan diri sendiri.

Anonymous said...

Saya setuju. terima kasih kerana maklumat anda

Anonymous said...

Ubah title bergantung kepada keadaan/masa dan keperluan. Tidak salah. Tetapi tulislah sesuatu yang benar, benar dari hati kita sendiri biarpun salah pada umum, tetapi jangan lah menulis yang salah pada umum bahkan diri sendiri. Jangan menulis hanya kerana ingin menentang walaupun kita tau kita memang salah. MENULIS KERANA KEBENARAN.