Tuesday, January 27, 2009

Lompat Katak Lompat

Politik ni kotor. Tiada siapa pun yang dapat menafikan. Tikam belakang, tikam depan, sogokan, ugutan dan banyak lagi. Yang mengotorkan politik ni tentulah orang yang ada dalam kepompong politik ni lah pastinya.

Dari dulu lagi aku katakan yang aku ni bukan penyokong utama kerajaan. Tidak pernah berubah dari dulu hingga kini. Tapi aku bertindak dan berfikir atas rasional mengikut keadaan semasa. Logik dan kewarasan perlu mengatasi emosi.

Apabila terkeluarnya berita seorang ADUN BN di Perak keluar parti, aku termenung. Gembira tidak, kecewa pun tidak. Cuma yang aku harapkan supaya orang2 politik ni mengamalkan politik gentleman. Jika mahu lompat parti, letak jawatan sebagai ADUN. Buat pilihanraya semula. Bukan apa, aku kasihan dengan orang Melayu terutamanya yang memilih parti dahulu, bukannya calon. Jadi pada pemikiran aku, ada kemungkinan besar yang hamba Allah yang menang pilihanraya dulu disebabkan partinya, dan bukan atas kredibilitinya.

Maknanya apabila hamba Allah ni keluar parti, dia telah menidakkan sokongan orang ramai pada partinya sekaligus mengkhianati pilihan orang di kawasan itu yang berkehendakkan parti yang diwakilinya menang.
Pada aku semua orang perlu hormat pada pilihan orang ramai. Kita mengundi berdasarkan parti, lainlah kalau calon bebas. Kalau bukan berdasarkan parti, takkanlah orang luar pun boleh menang di kawasan yang dia sendiri tak pernah sampai.

Kesimpulannya beginilah, aku cadangkan siapa2 yang nak lompat parti, tak kira apa parti pun letak jawatan ADUN. Buat piliharaya semula. Baru adil kepada penduduk kawasan itu.

Kata orang, setinggi-tinggi katak melompat akhirnya mati katak juga.

Monday, January 26, 2009

Oh Sammy Vellu

MIC akan pertahan 2 timbalan menteri jika didakwa
26/01/2009 4:28pm


KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) - MIC akan mempertahankan dua timbalan menteri jika pihak berkuasa mendapati mereka melanggar undang-undang dalam kejadian sekumpulan orang menceroboh bilik mayat Hospital Serdang pada Selasa lepas.
“Kami akan melantik seramai peguam yang boleh bagi mempertahankan mereka jika mereka didakwa di mahkamah,” kata Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dalam kenyataan di sini hari ini
.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam bahawa Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah, kedua-duanya timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, kemungkinan menghadapi tindakan jika mereka didapati melanggar undang-undang dalam kejadian pencerobohan di bilik mayat itu bagi memeriksa mayat suspek curi kereta A. Kugan yang mati semasa dalam tahanan polis.

Ni petikan berita yang aku baca dalam Utusan Online tadi. Pada aku, ni tindakan Sammy Vellu dan MIC mempopularkan diri je. Bila dah tak popular, orang akan buat macam2 untuk kembali popular. Termasuklah membela orang yang buat salah. Kalau dah nama pun ceroboh, tentulah langgar undang2. Sejak bila MIC dah jadi lebih besar dari undang2 sampai boleh mengugut polis. Aku tak nak komen lebih2. Kes mahkamah. Terpulang pada pendapat masing2.

Sunday, January 25, 2009

Arab Oh Arab


Sedih aku lihat saudara kita di Gaza. Dibom dan dihujani peluru di sana sini. Kecil, besar, tua, muda, semua jadi mangsa. Meskipun gencatan senjata telah berkuatkuasa, bolehkah kita percaya pada Yahudi laknat? Tentunya tidak. Suatu hari nanti mereka pasti akan kembali menghirup darah saudara kita di sana.

Namun yang lebih menyedihkan aku adalah sikap negara Arab terutama jiran Palestin seperti Mesir. Pintu sempadan ditutup, bekalan makanan pun disekat. Siapa yang lebih kejam? Arab atau Yahudi itu ?

Mengapa negara Arab menjadi negara yang berhati kering ni sesungguhnya menjengkelkan. Kalau Yahudi tu taklah pelik sangat. Ada seorang ustaz aku dulu kata, Amerika dan Yahudi memang ada agenda untuk memecah-belahkan orang Arab ni. Katanya, orang Yahudi dan Amerika ni beranggapan kekuatan dan kebangkitan Islam ni datang dari Tanah Arab ni. Jadi, Yahudi laknatullah dan Amerika berusaha untuk menggagalkan kesatuan Arab. Mungkin juga, sebab satu-satu negara Arab ni tumbang. Yang menjadi kemusykilan aku, Islam ni di merata dunia. Islam ni bukan milik bangsa Arab je. Jadi mengapa sasarannya di tanah Arab je.

Tanah Arab ni Allah bagi banyak kelebihan. Dengan minyak saja, Arab dah kaya-raya. Tapi kelebihan paling besar tentulah Makkah. Negara lain takde keistimewaan ini. Ada cerita bahawa kalau bukan Arab Saudi mempunyai Kaabah dan Makkah ni, dah lama Saddam Hussien serang dulu. Sejauhmana kebenarannya, wallahu'alam.

Yang lagi pelik daan ajibnya, dengan kekayaan Arab ni mereka tak mahupun bantu Palestin beli senjata. Orang kata, susah sebab Yahudi kawal tapi Al-Qaeda pun boleh dapat senjata, macam mana Palestin boleh tak dapat? Tak tahulah nak kata apa.

Orang Arab ni pula, bukanlah semuanya alim. Arak jadi minuman harian je. Membazir nombor satu. Kalau tak, takkanlah Manchester City pun dia boleh beli. Ni dengarnya nak beli Liverpool pulak.

Kesimpulannya beginilah. Orang Islam tak boleh bergantung pada Tok-Tok Arab ni sebab mungkin dia lagi teruk pada kita. Hugo Chavez silap- silap haribulan lagi bagus. Kita bersatulah demi agama kita. Bersiap-sedia menghadapi kemungkinan yang mendatang. Ilmu perlu dikuasai sebab kekuatan sesuatu kaum itu adalah pada ilmu. Patuh pada perintah Allah. Allah tak menilai seseorang itu berdasarkan bangsanya. Pesanan dan nasihat ni aku tujukan juga kepada diri aku sebab aku dengan sebahagian orang Arab ni 2 X 5 je. Cuma aku tak minum arak, tak memusnahkan masa depan anak dara orang, tak menyembah benda- benda pelik dan tak main nombor ekor je.


Berkaitan Palestin ni pulak, kita bantulah mereka. Boikot pun baik. Ada kengkawan aku kata buat apa nak boikot. Barang-barang Amerika dan Yahudi ni dalam semua tempat ada. Jawab aku mudah je, kita boikotlah barang-barang tu kalau ada pilihan lain. Tapi kalau itu je barang yang ada dalam kedai, kita belilah tapi dengan hati yang tak redha. Allah saja yang mengetahui.

Kita kena bantu saudara seagama kita. Kalau bukan kita, siapa?




Friday, January 23, 2009

Melayu Oh Melayu

Kadang2 aku pening dengan bangsa kita ni. Bangsa kita ni belum sampai taraf bangsa profesional lagi.
Kita berpecah belah kerana politik.
Kita berdendam kerana politik.
Kita saling jatuh menjatuhi kerana politik.
Laki bini bercerai berai kerana politik.
Macam2 hal sebab politik.
Politik itu kotor atau kita yang kotor?

Berbalik soal Melayu ni, cuba kita renungkan nasib bangsa kita ni. Secara jujurnya aku tidak sukakan UMNO kerana UMNO sudah menjadi barah tahap kritikal bagi marhaen seperti aku. Tapi bagi sebahagian kecil orang Melayu, UMNO adalah madu yang baru diambil dari sarangnya kerana kelebihan yang mereka peroleh daripada UMNO ( pastinya para kontraktor, pengampu2 dan juga ahli politik ).

Kita tidak perlu menjadi sentimental semata-mata kerana jasa UMNO yang memomokkan kita dengan sejarah lalu. Apa saja yang mereka lakukan untuk kita adalah tanggungjawab mereka. Siapa yang tidak berjasa? Komunis pun berjasa. Indon yang datang pun berjasa. Perlukah kita mengundi Mat Bangla yang suatu hari nanti mungkin mendapat kerakyatan semata-mata kerana mereka membina KLCC untuk kita ? Sejarah hanyalah satu peristiwa yang telah berlalu. Apa yang utama adalah masa depan yang menanti. Gelapkah? Cerahkah?
Pun begitu, jika melihat iklim politik dewasa ini, timbul bibit kerisauan di hati melihatkan bangsa bukan Melayu ini sudah mula berkokok bagai ayam jantan yang baru tumbuh tajinya. Timbul kebimbangan melihat tuntutan2 tidak munasabah daripada pihak2 sebegini.

Jujurnya, aku merasakan PAS perlu menjadi lebih kuat sebagai parti orang Melayu. UMNO sudah tidak boleh diharap. Tapi bila melihat suasana sekarang PAS bukan tunjang Pakatan Rakyat. Itu yang membimbangkan. Jika PAS tidak berjaya, maka wajarlah UMNO diberi peluang membaiki kesilapan mereka dan kembali melindungi hak dan kepentingan orang Melayu. Persoalannya, bolehkah UMNO berubah ? Susah nak cakap berdasarkan kerakusan kuasa serta permainan wang mereka sekarang. Mungkin tidak.

Satu kesilapan besar PAS adalah mereka mengetepikan peranan mereka melindungi orang Melayu yang beragama Islam di Perak. Mereka seharusnya menerima pelawaan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran di Perak memandangkan ADUN bukan Melayunya cuma ada seorang dua. Apabila PAS menerima gabungan kerajaan bersama DAP dan PKR, maka ADUN Melayu pula menjadi minoriti. Timbullah kerajaan negeri boneka.

Hendak harapkan PKR membela bangsa? Mimpi. PKR lebih menurut kehendak bukan Melayu ini. Sebab itulah bukan Melayu terutamanya India menyertai PKR kerana janji yang PKR berikan untuk membantu bangsa mereka. Mengharap pada PKR sama seperti menanti kereta BMW jatuh ke laman rumah.

Jadi, kepada siapa kita boleh bergantung harap? Tepuk dada tanya selera. Tepuk dahi renung ke depan.

Nasihat aku kepada orang Melayu yang menyertai Pakatan Rakyat: jangan menang sorak, kampung tergadai.

Nasihat aku kepada ahli UMNO : betulkan parti anda dahulu sebelum mendakwa menjadi pembela bangsa.

Melayu kah kita atau semakin 'melayu' kah kita?

Bola Oh Bola



Apalah nasib pasukan bola sepak kita.. Ke sini sana dibelasah. Bukan saja dibelasah di tengah padang tapi juga dibelasah oleh media dan rakyat jelata. Kasihan pemain-pemain kita. Kalau aku, dah lama aku gantung but. Main guli pun lagi baik.



Hakikatnya, kita perlu terima ada masalah dalam sukan bola sepak kita. Perbuatan media dan kita mencemuh dan mengeji mereka dah tentu tak menyelesaikan masalah. Satu kelebihan rakyat Malaysia yang aku nampak adalah kita suka mengkritik dan mahu kejayaan segera ( dah 2 kelebihan ). Kita mahukan team bola kita ni macam Brazil, main cantik pun macam Brazil. Kalah takpe, janji main macam Brazil. Tu lah nasib bola kita ni.

Pada aku, ada dua tiga sebab mengapa team bola kita main macam pondan.

1, Sistem pembangunan bola sepak kita ada masalah. Pada peringkat umur bawah 18 tahun, pembangunan bola sepak diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran. Liga bola sepak bawah 18 tahun ni buat sekejap je. Agaknya lebih kurang sebulan je. Kalau kita tengok di luar negara terutamanya di Eropah, liga peringkat umur begini diadakan sepanjang tahun. Pembangunan remaja pun diletakkan di bawah kelab. Kalau umur dan 18, baru FAM boleh ambil alih, comfirm tak guna. Kaki dah keras, kepala dah besar, rokok jadi mainan. Kita kena bangunkan bolasepak ni dari umur 7-8 tahun. Masalahnya di Malaysia ni, ibu bapa gerenti tak bagi. Guru-guru di sekolah pula bukan jurulatih yang bertauliah. Macam mana nak lahirkan pemain yang baik kalau jurulatih peringkat umur sebegitu pun takde ?

2, Pemilihan pemain tak telus dan tak menyeluruh. Kita hanya buat pemilihan di bandar-bandar besar. Kita menganggap orang yang pergi pemilihan ni adalah pemain yang bagus-bagus. Tapi selalunya yang bagus dan baik tu perlu dicari. Mungkin pemain yang bagus ni bersembunyi di mana-mana ceruk di Malaysia. Baik Ronaldo atau mana-mana pemain hebat lain, semuanya tak pergi ke pemilihan tapi dijumpai oleh pencari bakat yang meronda seluruh ceruk dunia ni. Penyelesaian? Perbanyakkan scout ( pencari bakat ) di negara kita ni. Masuklah mana-mana ceruk cari pemain yang baik. Dengan syarat scout tu profesional la.. Jangan nak ambik anak sedara dia je..

3, yang ni gerenti orang marah kat aku.. Liga Malaysia kita ni memang ada masalah. Kita kena mengakuinya. Liga M ni tak bermutu langsung. Kita perlu ubah sistem permainan kita. Permainan national team dengan team negeri takde beza langsung. Kita perlu lebihkan passing game terutamanya short passing. Kita kena contohi Bolivia atau Mexico yang banyak main short passing ni memandangkan fizikal mereka agak kecil. Mereka tau strong point mereka adalah melalui short passing ni.

Banyak lagi yang boleh aku sentuh pasal bola ni. Belum sentuh pemain lagi. Cukuplah dulu. Yang pasti ramai akan marah aku..

Orang bijak pandai kata hidup ibarat bola. Orang zaman sekarang kata, makan bola, tidur bola. Jangan jadi bola dah lah..






Jangan Hina Ulama

Dah lama aku tak merapu dalam blog ni. Bukan kerana kesibukan ( kerana kesibukan itu bukan alasan tentunya ) tapi macam aku cakap dulu, aku tak berapa ada idea untuk menulis. Nak buat blog ni pun aku fikir panjang.
Apapun, baru-baru ni aku ada baca 1-2 blog berkaitan politik ni. Orang Melayu dengan politik ni memang tak dapat dipisahkan ( kerana itu satu-satunya kekuasaan Melayu yang masih ada! ). Aku secara jujur tak kisah pun apa yang ditulis dalam mana-mana blog kerana itu hak mereka. Juga kerana fitnah atau tidak, pahala atau dosa, mereka saja yang tahu. Tapi aku cukup tidak berkenan apabila mana-mana blog mempersenda atau mempermainkan para ulama di negara kita. Sama ada ulama UMNO atau ulama PAS ( label yang kita berikan )sekalipun, mereka tetap golongan yang mengetahui agama Islam ini berbanding kita yang hanya belajar di sekolah, kemudian berlagak seolah kita Mufti Al-Azhar. Mana-mana hukum yang kita tak pasti ( was-was ) kita diam sahaja. Lainlah kalau cakap ulama itu jelas salah. Kalau nak kepastian, rujuk orang yang tahu. Jangan rujuk dengan ahli mesyuarat kedai kopi. Soal dosa pahala biar Allah tentukan nasib mereka.
Belajar agama itu wajib. Kalau bukan belajar dengan golongan ini, siapa lagi?
Ayah Pin ?
Kita kena bela agama kita. Kalau bukan kita, siapa lagi ?