Sunday, February 15, 2009

Apa Nak Jadi



Baru-baru ni aku ada lepak2 depan rumah aku dengan kawan-kawan. Tengah borak2, lalu sekumpulan budak2 muda yg naik motor ni. Aku rasa umur budak2 ni tak lebih dari 20 tahun pun. Majoritinya aku rasa 14-16 tahun. Apa yg tak sedapnya, aku ternampak sorang budak ni hisap rokok atas motor. Aku kira budak ni yg paling muda sebab memang muka budak pun. Yang lain tu nampak muka matang sikit. Rasa2 budak yg aku nampak ni 14 tahun pun tak sampai kot. Yang tak sedapnya, bila budak ni nampak kengkawan aku pandang dia ,dengan selambanya dia mengangkat tangannya yang ada rokok tu. Kurang ajar betul. Ikut hati, aku langgar je budak tu. Dah la perokok under age, kurang ajar pulak. Tu yg buat hati aku terbakar.

Seminggu dua sebelum kejadian tadi, ketika aku tengah nak start kereta lalu jugak group budak2 motor ni. Remaja belasan tahun gak. Yg buat hati aku terbakar, ada dua ekor ni yg membonceng selamba je hidu gam. Takde perasaan bersalah langsung. Dah la lalu depan kawasan rumah orang, takde langsung rasa malu hidu gam. Macam la hidu gam tu ibarat memegang duit sejuta. Penuh rasa bangga.

Itu dua peristiwa yg aku kongsi kali ni. Peristiwa2 sebegini selalu buat aku fikir apa masalahnya dgn remaja Melayu ni.. Macam budak yg hisap rokok tu, hisap je lah sampai mati pun. Tapi janganlah kurang ajar. Sedang2 umur dia tu, dah la underwear pun beli pakai duit mak ayah, janganlah pulak maruah mak ayah pun nak dijual. Org menilai mak ayah berdasarkan anak. Sebab tu istilah bagi kelakuan kurang sopan ni dipanggil 'kurang ajar'.

Budak yg hidu gam tu pun, kecik2 dah mula benda2 gitu. Dah besar, alamat dadah pulak jadi makanan. Bangga pulak tu hidu gam.

Aku naik pelik zaman sekarang ni. Budak Melayu kita buat jahat ni macam makan nasik hari2. Dah takde beza dgn buat baik. Buat jahat jadi kebanggaan pulak. Garis yg membezakan baik dan buruk ni dah macam takde pada mereka. Paling sedih bila melihat yg buat benda jahat begini bangsa aku. Nak kata bodoh tapi cerdik. Mat rempit pun ramai yg lulusan universiti, tapi merempit jugak. Yg paling aku frust, bila buat jahat jadi kebanggaan pulak. Cerita sana sini dengan kengkawan.

Pada aku, ada something wrong pada bangsa kita. Tak tahulah, mungkin sistem pendidikan, sistem kekeluargaan atau pada dasar2 yg lain. Orang2 di atas ni kena buat sesuatu segera. Masyarakat pun sama, kita pun sama. Biarpun bukan semua begini, tapi elok kita atasi sebelum merebak. Org Melayu kita ni suka mengambil contoh benda2 yg tak elok. Jadi elok sangat kalau diatasi hal2 sebegini.

Pada pendapat aku yg sekolah takat darjah 5 ni, inilah bukti kerosakan masyarakat kita. Takat mana kerosakannya, wallahu'alam..

Kata orang, nak pandang masa depan, pandanglah anak kita.

7 comments:

Anonymous said...

Pada pandangan saya, ini2 budak semua kena kasi kutip bawa pegi Palestin...suruh buat kerja amal bersihkan rumah2 yang jadi mangsa bom..pastu suruh diorang sekolah je kat situ..tgk dinding kiri, lubang2 kesan peluru, tgk dinding kanan ada percikan darah n serpihan daging2 sahabat seIslam dia....
baru dia insaf kot.....seminggu je cukup la....sah dia hargai nyawa n keluarga punya...

keretalembu said...

Saya setuju. Memang patut dia org ni kita hantar percuma jadi rakyat palestin. Mereka ni dah terlalu senang sampai lupa kesusahan org zaman dulu2. Inilah tempias kemajuan kot..

Syed @ Don said...

baru2 ni, aku balik daripada study group (utk budak2, aku sapot je. On the way balik, aku nampak sorang budak ni, nampak muka cam org asli, tgh tolak beskal. Aku pun brek la moto. pastu tolak pakai kaki ke belakang. Aku tanya la budak tu

aku : Kenapa dik?
budak : beskal rosak, kawan buat.
aku : tayar pancit ke rosak?
budak : kawan tu sepak sampai rosak. Pastu derang pancitkan tayar.

dipendekkan cite, aku pun tlg budak tu.

moral : budak darjah 6 pun da pandai buli bangsa lain. Aku sangatlah pasti pembuli tu MELAYU! bukan tahu nk cemerlang ekonomi, jadik samseng je lebey.

orang ulu said...

kat kg aku ada geng bebudak mat rempit, isap rokok dan idu gam. deme nak tau? sape bebudak tu? Anak JKKK, cucu tok4, dan juak-juak keris tak bersarung... Ops sori terkata lak... Geng2 ni la yg kacang hantu. lepaks kat jembatan, balik malam2, rambut coloring macam org utan. seme antara form3pform 4. ada dah resign jd murid, dan jadi pelukis pelan kat pokok getah... Syoknya deme ni jd kebanggaan mak ayah. maklum anak UM##. sorila... terkata lak...

orang ulu said...

sebenda lagi, bukan takat tu je... Deme ni la masa kat sekolah jadi buah mulut cikgu2. bukan buah mulut yg baik la brader... buah mulut yg menyampahkan cikgu. Amendenye? Biasalah... menjatuhkan peratus sekolah, burukkan nama sekolah, masalah disiplin, dan laginye, demeni la yg menaikkan nama seklah dipersada daerah sebagai perosak akhlak... Sorilah seme bukan nak burukkan mana-mana tapi kas ni melihat dari jauh je... Lantaklah hok ome >>> Anak kas insyaallah tak macam tu. Kas ada 3 anak jantan... 2 di SM Sains dan 1 di SRK. Terbaik di sek rendah, Yg 1 tu, 7A1B PMR, 2 lagi 5A Upsr dan jd kebanggaan cikgu. Bapak mana x gembira weh... Syukur pd Ilahi...

Syed @ Don said...

itulah masalahnya.

1)budak da rosak
2)cikgu tak boleh tegur sbb nanti makan penyepak.
3)report kat penjaga pun tak guna, nanti kena cop dengki pulak.
4)kalau da sekolah pun tak abih. Perabih boreh je la.

alam said...

setuju sangat dengan cadangan aKuSaKsI