Friday, November 21, 2008

Kalut..kalut..

Masih tak habis-habis lagi orang politik ni. Sibuk dengan perebutan kuasa. Katanya demokrasi tapi tak mahu ada pertandingan. Takut pecah belah kononnya. Kalau begitu tak payah buat pertandingan kalau tak nak pertandingan. Apalah.. Wanita UMNO ni satu hal. Perubahan apa kalau orang yang kalah mahu didarjatkan.. Kalau dia dah kalah, maknanya perubahan dia tidak dimahukan umum. Hipotesisnya begitulah.. Yang lama tu pun, memanglah otak dah berkarat. Macam daun pisang, dah mati pun kena orang yang tolong tarik dan buangkan. Sendiri tak mau jatuh. Kalut, semua kalut.
Cerita tentang perpaduan Melayu, tapi sendiri bercakaran. Orang yang menang pemilihan bertambah kaya. Orang kanan ( kontraktor ) dapat projek. Mereka makin kaya, kita makin miskin. Sakit hati aku.
Patutnya pemimpin jatuh miskin sebab menyenangkan rakyat, bukan buat harta sebanyak boleh. Orang atas bercakap saja, kita di bawah jadi sasaran. Semua rakyat yang kena buat. Melancong dalam negaralah, membeli belah dalam negara, tapi dia pi melancong kat luar negara juga. Rakyat je terkontang kanting mengikut cakap dia.
Talk is cheap, kata orang putih. Orang melayu kata, cakap tak serupa bikin.

Sunday, November 16, 2008

Politik Oh Politik

Pening kepala aku baca berita sekarang.. Semua cerita politik. Politik gila kuasa. Dah tau rakyat mulai benci dan muak pada parti dia, tapi masih lagi politician ni menggilakan kuasa, rakus pada jawatan.. Bila hampir kalah mula cerita nak dekatkan diri dengan rakyat, tapi sebenarnya rakyat nombor 2, kuasa nombor 1. Cuba cari mana ahli politik yang betul2 ikhlas berjuang untuk rakyat? Ada tak ahli parti dacing tu yang mempertahankan pendirian mereka mempertahankan rakyat? Bila orang atas kata A, maka kuli2 bodoh di bawah ni pun kata A walaupun benda tu membebankan rakyat. Kalau dah begitu, mana perubahannya? Takde lagi cerita ahli parlimen parti tu mohon kerajaan turunkan harga minyak.. Malas aku nak cerita banyak2 buat sakit hati je..

Saturday, November 15, 2008

Hutang oh Hutang

2-3 hari lepas aku pegi bank buat loan lagi.. Hutang, hutang dan hutang lagi.. Aku nak selesaikan hutang kad kredit aku yang dah berlonggok-longgok tu.. Aku percaya ramai yang masalahnya sama cam aku ni.. Road tax kereta mati pulak minggu depan.. Pengsan aku kali ni.. Kepala pun naik serabut. Jangan gugur rambut dah la. Malas nak usik duit lain., nanti tambah kacau. Apa boleh buat, dah nasib badan..

Wednesday, November 12, 2008

Bukan curi tapi pinjam...


Kalau korang tengok header kat atas, ada lukisan yang aku ambil dari website mana pun aku tak ingat.. Harap tuan punya gambar ni tak saman aku sebab pinjam karya dia sebagai background header aku. Aku takde duit nak bayar saman. 20 sen bolehlah.. Terima kasih kepada pelukis ni sebab telah menghasilkan sebuah lukisan yang menarik dan sesuai dengan blog aku. Aku ambik kesempatan je..




Tuesday, November 11, 2008

Sungguh tak kusangka

Tak sangka sungguh aku buat jugak blog ni walaupun aku rasa malas dan berat untuk berblog-blog ni.. Apa aku nak cerita kat blog ni pun aku tak tau lagi.. Masih mencari, masih membayangkan fokus utama blog ni. Nak cerita pasal kenangan-kenangan lama, rasanya kurang berminat sebab bagi aku, yang berlalu tu biarlah.. Buat apa nak diingat lagi.. Lagipun hidup aku ni biasa-biasa je. Sama macam orang lain. Takde pun cerita pasal terjumpa harta karun atau adventure yang mencabar.. Tapi hidup itu sendiri sudah cabaran besar.. Ah... pening nak memikirkan fokus blog aku ni.. Blog ni pun tak diperkemaskan lagi.. Tunggulah kalau ada masa dan minat.. buat masa ini, jadilah aku blogger..