Tuesday, January 27, 2009

Lompat Katak Lompat

Politik ni kotor. Tiada siapa pun yang dapat menafikan. Tikam belakang, tikam depan, sogokan, ugutan dan banyak lagi. Yang mengotorkan politik ni tentulah orang yang ada dalam kepompong politik ni lah pastinya.

Dari dulu lagi aku katakan yang aku ni bukan penyokong utama kerajaan. Tidak pernah berubah dari dulu hingga kini. Tapi aku bertindak dan berfikir atas rasional mengikut keadaan semasa. Logik dan kewarasan perlu mengatasi emosi.

Apabila terkeluarnya berita seorang ADUN BN di Perak keluar parti, aku termenung. Gembira tidak, kecewa pun tidak. Cuma yang aku harapkan supaya orang2 politik ni mengamalkan politik gentleman. Jika mahu lompat parti, letak jawatan sebagai ADUN. Buat pilihanraya semula. Bukan apa, aku kasihan dengan orang Melayu terutamanya yang memilih parti dahulu, bukannya calon. Jadi pada pemikiran aku, ada kemungkinan besar yang hamba Allah yang menang pilihanraya dulu disebabkan partinya, dan bukan atas kredibilitinya.

Maknanya apabila hamba Allah ni keluar parti, dia telah menidakkan sokongan orang ramai pada partinya sekaligus mengkhianati pilihan orang di kawasan itu yang berkehendakkan parti yang diwakilinya menang.
Pada aku semua orang perlu hormat pada pilihan orang ramai. Kita mengundi berdasarkan parti, lainlah kalau calon bebas. Kalau bukan berdasarkan parti, takkanlah orang luar pun boleh menang di kawasan yang dia sendiri tak pernah sampai.

Kesimpulannya beginilah, aku cadangkan siapa2 yang nak lompat parti, tak kira apa parti pun letak jawatan ADUN. Buat piliharaya semula. Baru adil kepada penduduk kawasan itu.

Kata orang, setinggi-tinggi katak melompat akhirnya mati katak juga.

5 comments:

Syed @ Don said...

ada betulnya tu. Kalo di bandar-bandar boleh la dikatakan pengundinya celik calon tetapi kalau di kampung, bak kata org kampung saya "letak kepala ayam pun mng jugak parti tu".. jadi, jika wakil ingin melompat parti, jalan paling adil ialah pilihan raya semula termasuklah calon bebas. Kenapa? kerana calon bebas pun belum tentu dipilih kerana personaliti, mungkin perasaan benci kepada parti lain yg bertanding membolehkan kemenangannya. Jalan plg adil : pilihanraya kecil. Seronok juga raya-raya~ ha ha ha..

aNaK sRiKaNdI said...

akak lebih suka kalo pemilihan seorang pemimpin berdasarkan ciri-ciri individu...bukan parti...tapi apa boleh buat, kalo org dulu2 sanggup mengalir air mata memangkah BN...bukan kerana halus perasaannya, kerana tak boleh terima cera wakil BN tu tapi tak mampu menolak parti kesayangan mereka...menangis2 pon, pangkah je la....dengan harapan mereka akan berubah 1 masa nanti...tapi....

keretalembu said...

ANaK sRiKaNdI, apa boleh buat, orang2 tua ni dah dimomokkan dengan ugutan dan nilai sentimental oleh BN. Tapi yang menyedihkan adalah generasi muda sekarang yang masih memilih secara membabi-buta. Saya sokong sekiranya putera dan puteri umno ni dibubarkan. Malu tengok anak-anak muda ni berkempen dgn cara skrg.

keretalembu said...
This comment has been removed by the author.
keretalembu said...

Syed@Don, setuju dengan anda. Letak beruk pun boleh menang sebab mereka diajar jangan melihat calon tapi parti yang diwakili. Pilihanraya kecil adalah jalan paling baik dan adil. Raya-raya ni best tgk janji2 palsu ni.