Saturday, April 25, 2009

Oh Kereta Lembu

Baru2 ni aku pergi la mengunjungi showroom Proton di bandar tempat tinggal aku. Saja nak tengok Proton Exora. Kot2 berkenan. Dah lama mengintai rupa bentuk Exora ni dalam internet. Mula2 masa tengok dalam internet, hati tu tak berapa nak suka. Tapi bila dah tengok, ok la pulak.

Kereta lembu yang aku pakai sekarang ni pun dah 7 tahun. Pejam celik dah 7 tahun, cam tak percaya je. Hutang pun 2-3 bulan lagi nak habis dah. Tak sangka betul aku boleh selesaikan hutang sepanjang 7 tahun ni, takde miss pun. Bukannya sikit, 6 ratus bang.. Zaman aku beli tu mana ada hutang 9 tahun lagi, mana ada downpayment sifar. Aku pinjam lak dengan big boss kat kampung 10 ribu buat muka. Kalau tak, jenuh la aku bayar bulan2 tinggi.

Dulu aku mana ada fikir nak beli kereta, cukup dengan merempit je. Merempit pun bukan ada lesen. Jumpa roadblock, pusing belakang. Pastu cari jalan kampung elak roadblock. Kalau diingatkan semula, memang kelakar. Sampai sekarang pun aku masih takde lesen motor ni. Tapi motor aku, aku dah bagi kat big boss. Senang dia nak berulang ke masjid. Tapi last2, dia buat mengangkut getah.

Pasal Exora tadi, bila aku masuk dalam ,mak oi..terasa besarnya ini kereta lembu. Hati aku pun berbungalah nak berkereta lembu yang baru. Mem besar pun dah beri persetujuan awal. La ni aku tengah fikir2 lagi walau hati aku ni dah nak. Kena ukur baju di badan sendiri dulu. Tepuk dada tanya kemampuan.

Tahun 2007 dulu, aku menggilakan Grand Livina sebab aku dah tengok dalam internet. Jadi bila lancar je di Malaysia ni, hari tu aku dah tercongok kat showroom Nissan di Kuantan semata-mata nak tengok kereta tu. Tapi tak jadi la ambik sebab tak mampu.

Apapun, tengok je la nanti. Orangulu mesti dah standby nak kutuk aku kaw2 ni.

Walau camne pun, aku takkan jual kereta lembu aku sekarang ni. Aku dah rasa cam sedara mara lah pulak kereta lembu aku tu. Tak pernah pun bawak masalah besar kat aku sepanjang 7 tahun ni. Terima kasih lah..
Kata orang, memakai kereta tu memang best, tapi masa membayar tu yang sakitnya. Mesti ramai yang setuju kata2 tu.


p/s :
Maaf la sebab lama dah tak merapu dalam ni. TQ untuk rodong2 yang bertanya. Harap2 pas ni boleh la aku terus berkarya.

Monday, March 16, 2009

Mengharap Udara Untuk Bernafas, Menyeru Ilham Untuk Berkarya

Nampak cam canggih je tajuk aku. Sebenarnya aku nak khabar yg aku tengah sibuk sekarang. Maklumlah awal tahun memang gini la. Tu yang aku mengharap udara untuk bernafas. Ilham lak takde sekarang sebab tak berapa nak dapat membaca akhbar. Bukak komputer pun sekadar nak buat kerja, kurang ada masa untuk melawat blog kengkawan. Kalau ada masa, ada ilham akan adalah posting terbaru aku.

Sunday, March 1, 2009

Pokok Yang Meninggi Datangnya Daripada Akar Yang Teguh

Kita perlu akui bahawa :

1.sistem kekeluargaan kita dah roboh- ibu bapa tidak lagi pedulikan anak2,merokok perkara kecik-adat la anak jantan. Anak2 bebas keluar sampai pukul berapa pun.

2.sistem masyarakat kita dah hancur- lu jgn kacau aku, aku tak kacau lu, lu usik anak gua, lu nahas. Masyarakat nampak berlaku perkara tak elok tapi jangan jaga tepi kain org jdi pegangan.

3. sistem pendidikan kita bermasalah. Menteri2 dgn egonya berkata sistem pendidikan kita terbaik di dunia sedangkan kita nampak kita melahirkan murid yg cerdik tapi takde sahsiah dan akhlak. Yang cerdik diutamakan dan yang tak berapa ni kita pinggirkan. Semuanya sebab dasar exam oriented. Guru terkejar2 takut jabatan marah-murid dipaksa menghafal. Ukuran kejayaan dah jadi terletak pada markah. Sahsiah dan keperluan emosi anak diabaikan.

4. Asas agama takde. Penekanan agama ada tapi setakat di sekolah dgn ustaz2 je tapi di rumah takde. Dulu org belajar ngaji dgn bapak sendiri jd hubungan bapak anak tu ada. Skrg main hantar je ke rumah org. Belajar agama pun sebab wajib kat sekolah..

5. Hiburan zaman ni melata-lata tak kira di mana. Artis kita pun lagaknya kalah artis Hollywood. Langsung tak boleh buat contoh. Bak aku kata dulu, budak2 kita ni suka ambik contoh yg tak baik. Mungkin sebab yg tak baik ni ada unsur macho dan kejantanan kot..Ntah la..

Apapun, semua org kena bertanggungjawab. Bak kata org, ludah ke langit kena muka sendiri..

Bak kata orang juga, pokok yg meninggi datang daripada akar yg teguh..


p/s : aku takde idea, jadi aku ambik komen aku je jadi posting kali ni.

Sunday, February 22, 2009

Kalau Tengok Daun Yg Menghijau, Pandanglah juga Akar di Bawah




Merujuk kembali posting aku sebelum ni, sebenarnya banyak lagi kisah budak2 remaja dan kanak2 ni yg boleh aku hikayatkan. Memadailah sikit2 contoh yg aku bagi.

Bercakap tentang kanak2 ni, baru2 ni ada sorang ibu mengadu kat aku yg bahagian 'bumper' anak perempuannya selalu diraba oleh sorang budak lelaki. Yg paling menyedihkan budak lelaki tu baru je darjah 2. Bersunat pun belum. Kalau aku ikut hati, makan penampar la budak tu. Pelik, macam mana budak sebesar itu dah pandai buat perkara sebegitu. Pada aku, mesti ada budak yg lebih dewasa ajar atau sebut perkara sebegini di hadapan dia. Tak pun, dia sendiri dah tengok benda yg pelik2 ni.

Kat kampung ni pun budak2 besar 10-11 tahun pun dah pandai hisap rokok. Ada org kampung bg tau aku yg dia dah belasah anak jantan dia sebab hisap rokok dan dpt dikesan oleh pihak sekolah. Anak dia baru je darjah 6. Aku percaya tentulah dia dah mula mengeluarkan asap sebelum darjah 6 lagi.

Aku sebenarnya malas komen pasal rokok ni sebab aku pun golongan itu. Jadi, aku bukanlah org yg layak menasihati org lain. Tapi aku bergiat dlm bidang asap ni pun lepas habis sekolah. Kalau masih bersekolah,alamat makan tempeleng free lah aku jawabnya.
Tu baru cerita sikit2 je dlm lingkungan kampung ni. Belum lagi cerita bab jantan betina terlajak. Seawal umur 15 dah beranak sedangkan pada usia tu mereka patut duduk di bangku sekolah je.

Apapun itu adalah secebis kisah generasi masa kini. Mungkin di tempat lain lebih dahsyat. Almaklumlah, internet merata tempat ada. Sumber2 tak elok ni mudah sgt nak dapat. Contoh tak elok depan mata pun banyak.

Mengapa budak zaman skrg jadi begini memang misteri.. Banyak yg boleh dikaitkan. Org2 agama ni selalu ingatkan, supaya menjaga halal haram dalam hidup kita terutamanya bab makan minum ni. Mungkin kita ni memperoleh sumber yg tak elok dan sumber tu jadi darah daging keturunan kita pulak.

Sebab ibu bapa pun mungkin juga. Zaman dulu rotan ni memang selalu kena kalau buat salah. Zaman skrg ni rotan pun dah semakin dilupakan. Budak2 yg buat salah pun kita biarkan saja. Nasihat saja kadang2 tak cukup.

Sebab lain yg terfikir oleh aku adalah kita org dewasa ni tak menunjukkan contoh teladan yg baik untuk mereka. Kita selalu buat sesuatu tanpa memikirkan gerak geri kita diperhatikan. Yg ni peringatan untuk aku jugaklah. Anak aku yg baru 3 tahun ni pun dah pandai mengajuk gaya aku hisap rokok. Kadang2 malu pada anak sendiri. Tu pun aku hisap jauh2.

Bak kata orang, kalau tengok daun yg menghijau, pandanglah juga akar di bawah. Apa maksudnya, fikir2 lah sendiri.



Sunday, February 15, 2009

Apa Nak Jadi



Baru-baru ni aku ada lepak2 depan rumah aku dengan kawan-kawan. Tengah borak2, lalu sekumpulan budak2 muda yg naik motor ni. Aku rasa umur budak2 ni tak lebih dari 20 tahun pun. Majoritinya aku rasa 14-16 tahun. Apa yg tak sedapnya, aku ternampak sorang budak ni hisap rokok atas motor. Aku kira budak ni yg paling muda sebab memang muka budak pun. Yang lain tu nampak muka matang sikit. Rasa2 budak yg aku nampak ni 14 tahun pun tak sampai kot. Yang tak sedapnya, bila budak ni nampak kengkawan aku pandang dia ,dengan selambanya dia mengangkat tangannya yang ada rokok tu. Kurang ajar betul. Ikut hati, aku langgar je budak tu. Dah la perokok under age, kurang ajar pulak. Tu yg buat hati aku terbakar.

Seminggu dua sebelum kejadian tadi, ketika aku tengah nak start kereta lalu jugak group budak2 motor ni. Remaja belasan tahun gak. Yg buat hati aku terbakar, ada dua ekor ni yg membonceng selamba je hidu gam. Takde perasaan bersalah langsung. Dah la lalu depan kawasan rumah orang, takde langsung rasa malu hidu gam. Macam la hidu gam tu ibarat memegang duit sejuta. Penuh rasa bangga.

Itu dua peristiwa yg aku kongsi kali ni. Peristiwa2 sebegini selalu buat aku fikir apa masalahnya dgn remaja Melayu ni.. Macam budak yg hisap rokok tu, hisap je lah sampai mati pun. Tapi janganlah kurang ajar. Sedang2 umur dia tu, dah la underwear pun beli pakai duit mak ayah, janganlah pulak maruah mak ayah pun nak dijual. Org menilai mak ayah berdasarkan anak. Sebab tu istilah bagi kelakuan kurang sopan ni dipanggil 'kurang ajar'.

Budak yg hidu gam tu pun, kecik2 dah mula benda2 gitu. Dah besar, alamat dadah pulak jadi makanan. Bangga pulak tu hidu gam.

Aku naik pelik zaman sekarang ni. Budak Melayu kita buat jahat ni macam makan nasik hari2. Dah takde beza dgn buat baik. Buat jahat jadi kebanggaan pulak. Garis yg membezakan baik dan buruk ni dah macam takde pada mereka. Paling sedih bila melihat yg buat benda jahat begini bangsa aku. Nak kata bodoh tapi cerdik. Mat rempit pun ramai yg lulusan universiti, tapi merempit jugak. Yg paling aku frust, bila buat jahat jadi kebanggaan pulak. Cerita sana sini dengan kengkawan.

Pada aku, ada something wrong pada bangsa kita. Tak tahulah, mungkin sistem pendidikan, sistem kekeluargaan atau pada dasar2 yg lain. Orang2 di atas ni kena buat sesuatu segera. Masyarakat pun sama, kita pun sama. Biarpun bukan semua begini, tapi elok kita atasi sebelum merebak. Org Melayu kita ni suka mengambil contoh benda2 yg tak elok. Jadi elok sangat kalau diatasi hal2 sebegini.

Pada pendapat aku yg sekolah takat darjah 5 ni, inilah bukti kerosakan masyarakat kita. Takat mana kerosakannya, wallahu'alam..

Kata orang, nak pandang masa depan, pandanglah anak kita.

Tuesday, February 10, 2009

Perak- Mual Lagi Meloyakan

Aku sebenarnya malas nak komen pasal kemelut di negeri Perak ni. Tapi itulah isu yg sedang panas sekarang. Di mana-mana saja org bercakap pasal ini. Macam2 versi, macam2 pendapat dan macam2 benda. Jadi aku ambil keputusan aku tulis jugak la. Lepas ni aku tak nak komen dah.

Pada aku, kemelut di negeri bijih timah ni bukti kegelojohan pemimpin parti politik ni. Aku hairan mengapa parti cap keris dan sekutunya tidak mengambil opsyen yang lebih selamat iaitu mengemukakan usul tidak percaya kepada MB dalam sidang DUN. Cara tu pasti tidak dipertikaikan. Kalau pun timbul pertikaian, mungkin dari segi katak yg melompat ni je. Rakyat pun boleh terima cara ni barangkali.

Malangnya, kegelojohan parti cap keris ni yg tak sabar-sabar nak berkuasa telah memilih jalan yang mengundang kemarahan. Apa salahnya bersabar dulu dan tunggu sidang DUN. Bila terjadi perkara sebegini, barulah ramai yg terkejut. Aku percaya parti cap keris pun terkejut. Untungnya parti cap keris ni, media2 utama di negara ni semuanya barua parti. Bolehlah parti cap keris ni cakap macam2.

Dlm hal ini, Paduka Seri Sultan Perak tak bersalah pun. Kita perlu terima hakikat bahawa sultan ni is above the law( walaupun Raja2 mempunyai mahkamah khas untuk dibicarakan ). Juga baginda tahu dan arif mengenai undang2 ni.

Harus dingat juga sebelum parti cap keris melabel mantan MB sbg penderhaka, org2 parti cap keris ni kena tepuk dahi, ingat semula peristiwa di Terengganu selepas PRU dulu. Apakah itu bukan derhaka? Menolak titah sultan dan menentangnya adakah dinamakan bukan derhaka? Bezanya mantan MB mohon izin derhaka dan ahli politik Terengganu tidak. Parti cap keris ada media utama yg boleh putar belit, parti yang melawan arus pun ada, tapi nak beli kena jadi ahli. Permit pulak anytime boleh kena tarik. Tu lah nasib mereka.

Lepas ni harapan aku, rakyat di Perak terima sajalah apa yg berlaku. Tak payahlah menyalahkan sultan. Sultan ni bukti org Melayu masih berkuasa di tanah air. Kalau tak puas hati pun, simpanlah sampai PRU akan datang. terjemahkan dlm bentuk undi. Tak payahlah demonstrasi ni. Menyusahkan org je.

Nampaknya bila terjadi kemelut ni, aku kena setujulah undang2 anti lompat katak ni.






Sunday, February 8, 2009

PPSMI- Terlajak Perahu Boleh Diundur

Aku tertarik dengan pendapat Syed @ Don dalam blognya berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) Berbeza dgn pendapat beliau, tanpa berselindung aku tidak bersetuju dgn dasar yang aku sifatkan sebagai tergesa-gesa ini.

Pada asasnya, PPSMI ini bertujuan meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar. Tanpa mengambil kira pandangan org ramai, dasar ini diteruskan juga pada tahun 2003. Tiada kajian pun dilakukan untuk mengenalpasti kemampuan para guru untuk melaksanakan dasar ini. Kesannya, guru tak boleh melaksanakan 100%, ibu bapa terutama di luar bandar pun tak boleh, murid jadilah tak boleh2 juga.

Aku syorkan kalau kita nak meningkatkan taraf BI di kalangan murid, apa salahnya kita tambah saja waktu pengajaran BI itu sendiri. Aku percaya dan yakin ibu bapa tak membantah pun kalau murid pulang lewat sikit dari sekolah akibat pertambahan masa ni.

Aku secara peribadi tak percaya langsung keputusan Sains dan Matematik dalam UPSR, PMR, atau SPM boleh dijadikan ukuran kejayaan dasar ini. Sebabnya, gred bagi peperiksaan ini diambil kira dari keputusan keseluruhan. Kalau markah yg paling tinggi di Malaysia ini 50, maka 40-50 markah, A lah. Gred2 yg lain akan ikut turun juga. Selain itu, aku rasa keputusan peperiksaan di negara kita ni masih dipengaruhi faktor politik. Sebab tu lah, kalu kita tgk hamba Allah yg jadi menteri pelajaran ni ,memang cepat naik dalam politik ni.

Sblm aku blah, Prof. Awang Sariyan ada bisik2 kat aku kat Hotel Malaya dulu dlm tahun 2007 bahawa PM ada janji nak tarik PPSMI ini masa beliau dan rombongan org bahasa jumpa dia sekitar 2005 tapi tak tarik2 juga. Penerangan beliau berkaitan isu ni sgt jelas pada aku.

Selain dari tu, aku bukan nak jadi racist, tapi aku heran mengapa SJK Cina boleh guna bahasa ibunda dan BI gilir2 ikut waktu. 3 waktu mengajar guna BI, dan selebihnya bahasa ibunda dia .SK Melayu pulak kena buat 100% BI. Hairan juga...

Kesimpulannya, kita buang je lah dasar ni. Tapi jgn lah buang dgn cara tergesa-gesa. Kita mulakan semula BM pada murid tahun 1 pada tahun yg mendatang. Yg dah mula belajar tu, biarkanlah dia belajar guna BI. Nanti terkejut beruk pulak. Dan pada aku yg sekolah takat darjah 5 ni, kalau nak ajar guna BI pun, mulakanlah di sekolah menengah yang mana murid2 tu dah pun terdedah dgn BI di sekolah rendah. Kita kuatkan asas di bawah dulu, baru teguh di puncak..

Tu kata aku la yg sekolah takat darjah 5 ni..