Sunday, February 22, 2009

Kalau Tengok Daun Yg Menghijau, Pandanglah juga Akar di Bawah




Merujuk kembali posting aku sebelum ni, sebenarnya banyak lagi kisah budak2 remaja dan kanak2 ni yg boleh aku hikayatkan. Memadailah sikit2 contoh yg aku bagi.

Bercakap tentang kanak2 ni, baru2 ni ada sorang ibu mengadu kat aku yg bahagian 'bumper' anak perempuannya selalu diraba oleh sorang budak lelaki. Yg paling menyedihkan budak lelaki tu baru je darjah 2. Bersunat pun belum. Kalau aku ikut hati, makan penampar la budak tu. Pelik, macam mana budak sebesar itu dah pandai buat perkara sebegitu. Pada aku, mesti ada budak yg lebih dewasa ajar atau sebut perkara sebegini di hadapan dia. Tak pun, dia sendiri dah tengok benda yg pelik2 ni.

Kat kampung ni pun budak2 besar 10-11 tahun pun dah pandai hisap rokok. Ada org kampung bg tau aku yg dia dah belasah anak jantan dia sebab hisap rokok dan dpt dikesan oleh pihak sekolah. Anak dia baru je darjah 6. Aku percaya tentulah dia dah mula mengeluarkan asap sebelum darjah 6 lagi.

Aku sebenarnya malas komen pasal rokok ni sebab aku pun golongan itu. Jadi, aku bukanlah org yg layak menasihati org lain. Tapi aku bergiat dlm bidang asap ni pun lepas habis sekolah. Kalau masih bersekolah,alamat makan tempeleng free lah aku jawabnya.
Tu baru cerita sikit2 je dlm lingkungan kampung ni. Belum lagi cerita bab jantan betina terlajak. Seawal umur 15 dah beranak sedangkan pada usia tu mereka patut duduk di bangku sekolah je.

Apapun itu adalah secebis kisah generasi masa kini. Mungkin di tempat lain lebih dahsyat. Almaklumlah, internet merata tempat ada. Sumber2 tak elok ni mudah sgt nak dapat. Contoh tak elok depan mata pun banyak.

Mengapa budak zaman skrg jadi begini memang misteri.. Banyak yg boleh dikaitkan. Org2 agama ni selalu ingatkan, supaya menjaga halal haram dalam hidup kita terutamanya bab makan minum ni. Mungkin kita ni memperoleh sumber yg tak elok dan sumber tu jadi darah daging keturunan kita pulak.

Sebab ibu bapa pun mungkin juga. Zaman dulu rotan ni memang selalu kena kalau buat salah. Zaman skrg ni rotan pun dah semakin dilupakan. Budak2 yg buat salah pun kita biarkan saja. Nasihat saja kadang2 tak cukup.

Sebab lain yg terfikir oleh aku adalah kita org dewasa ni tak menunjukkan contoh teladan yg baik untuk mereka. Kita selalu buat sesuatu tanpa memikirkan gerak geri kita diperhatikan. Yg ni peringatan untuk aku jugaklah. Anak aku yg baru 3 tahun ni pun dah pandai mengajuk gaya aku hisap rokok. Kadang2 malu pada anak sendiri. Tu pun aku hisap jauh2.

Bak kata orang, kalau tengok daun yg menghijau, pandanglah juga akar di bawah. Apa maksudnya, fikir2 lah sendiri.



2 comments:

Syed @ Don said...

nk betulkan semua skali serentak mmg mustahil. Tapi beberapa langkah boleh dijalankan segera

1 - Pekedai jual rokok : tangkap, denda : terutama kedai mamak

2 - Cikgu diberi amanah oleh ibubapa. Dulu cikgu tegur, budak dengar. Skang, cikgu tegur, bapak budak tegur balik cikgu.

3 - polis yang buat rondaan, kalo nampak budak2 mencurigakan, tanya2 sket. Baru la hati2 sket. Yang merokok tu aku leh terima lagi tp sampai tahap merokok kat khalayak pakai baju sekolah tu aku rasa melampau la tu

keretalembu said...

Paling aku sedih bila ahli politik dan menteri2 ni menganggap masalah cam ni kecil je. Pada aku, bila asas budak2 ni dah bermasalah, jadilah mereka seperti skrg. Salah siapa? Semua. Kita perlu akui bahawa :
1.sistem kekeluargaan kita dah roboh- ibu bapa tidak lagi pedulikan anak2,merokok perkara kecik-adat la anak jantan. Anak2 bebas keluar sampai pukul berapa pun.

2.sistem masyarakat kita dah hancur- lu jgn kacau aku, aku tak kacau lu, lu usik anak gua, lu nahas. Masyarakat nampak berlaku perkara tak elok tapi jangan jaga tepi kain org jdi pegangan.

3. sistem pendidikan kita bermasalah. Menteri2 dgn egonya berkata sisitem pendidikan kita terbaik di dunia sedangkan kita nampak kita melahirkan murid yg cerdik tapi takde sahsiah dan akhlak. Yang cerdik diutamakan dan yang tak berapa ni kita pinggirkan. Semuanya sebab dasar exam orientated. Guru terkejar2 takut jabatan marah-murid dipaksa menghafal. Ukuran kejayaan dah jadi terletak pada markah. Sahsiah dan keperluan emosi anak diabaikan.

4. Asas agama takde. Penekanan agama ada tapi setakat di sekolah dgn ustaz2 je tapi di rumah takde. Dulu org belajar ngaji dgn bapak sendiri jd hubungan bapak anak tu ada. Skrg main hantar je ke rumah org. Belajar agama pun sebab wajib kat sekolah..

5. Hiburan zaman ni melata-lata tak kira di mana. Artis kita pun lagaknya kalah artis Hollywood. Langsung tak boleh buat contoh. Bak aku kata dulu, budak2 kita ni suka ambik contoh yg tak baik. Mungkin sebab yg tak baik ni ada unsur macho kot..Ntah la..

Apapun, semua org kena bertanggungjawab. Bak kata org, ludah ke langit kena muka sendiri..

Panjang komen aku, boleh jadi posting terbaru ni..