Sunday, February 8, 2009

PPSMI- Terlajak Perahu Boleh Diundur

Aku tertarik dengan pendapat Syed @ Don dalam blognya berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) Berbeza dgn pendapat beliau, tanpa berselindung aku tidak bersetuju dgn dasar yang aku sifatkan sebagai tergesa-gesa ini.

Pada asasnya, PPSMI ini bertujuan meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar. Tanpa mengambil kira pandangan org ramai, dasar ini diteruskan juga pada tahun 2003. Tiada kajian pun dilakukan untuk mengenalpasti kemampuan para guru untuk melaksanakan dasar ini. Kesannya, guru tak boleh melaksanakan 100%, ibu bapa terutama di luar bandar pun tak boleh, murid jadilah tak boleh2 juga.

Aku syorkan kalau kita nak meningkatkan taraf BI di kalangan murid, apa salahnya kita tambah saja waktu pengajaran BI itu sendiri. Aku percaya dan yakin ibu bapa tak membantah pun kalau murid pulang lewat sikit dari sekolah akibat pertambahan masa ni.

Aku secara peribadi tak percaya langsung keputusan Sains dan Matematik dalam UPSR, PMR, atau SPM boleh dijadikan ukuran kejayaan dasar ini. Sebabnya, gred bagi peperiksaan ini diambil kira dari keputusan keseluruhan. Kalau markah yg paling tinggi di Malaysia ini 50, maka 40-50 markah, A lah. Gred2 yg lain akan ikut turun juga. Selain itu, aku rasa keputusan peperiksaan di negara kita ni masih dipengaruhi faktor politik. Sebab tu lah, kalu kita tgk hamba Allah yg jadi menteri pelajaran ni ,memang cepat naik dalam politik ni.

Sblm aku blah, Prof. Awang Sariyan ada bisik2 kat aku kat Hotel Malaya dulu dlm tahun 2007 bahawa PM ada janji nak tarik PPSMI ini masa beliau dan rombongan org bahasa jumpa dia sekitar 2005 tapi tak tarik2 juga. Penerangan beliau berkaitan isu ni sgt jelas pada aku.

Selain dari tu, aku bukan nak jadi racist, tapi aku heran mengapa SJK Cina boleh guna bahasa ibunda dan BI gilir2 ikut waktu. 3 waktu mengajar guna BI, dan selebihnya bahasa ibunda dia .SK Melayu pulak kena buat 100% BI. Hairan juga...

Kesimpulannya, kita buang je lah dasar ni. Tapi jgn lah buang dgn cara tergesa-gesa. Kita mulakan semula BM pada murid tahun 1 pada tahun yg mendatang. Yg dah mula belajar tu, biarkanlah dia belajar guna BI. Nanti terkejut beruk pulak. Dan pada aku yg sekolah takat darjah 5 ni, kalau nak ajar guna BI pun, mulakanlah di sekolah menengah yang mana murid2 tu dah pun terdedah dgn BI di sekolah rendah. Kita kuatkan asas di bawah dulu, baru teguh di puncak..

Tu kata aku la yg sekolah takat darjah 5 ni..


1 comment:

orang ulu said...

Aku hairan orang melayu mengagung-agungkan bahasa asing tatkala negara pernah hebat dengan dasar Pandang Ke Timur. Masa itu, tak adapun kelas Bahasa Jepun atau Bahasa Korea. Aku setuju dengan kereta lembu. Aku sangat bimbang, yang dikejar tak dapat yang dikendung keciciran. 7 tahun PPSMI telah dilaksanakan, mana dia laporan dan statistik lengkap peningkatan penggunaan BI ni???