Politik ni kotor. Tiada siapa pun yang dapat menafikan. Tikam belakang, tikam depan, sogokan, ugutan dan banyak lagi. Yang mengotorkan politik ni tentulah orang yang ada dalam kepompong politik ni lah pastinya.Dari dulu lagi aku katakan yang aku ni bukan penyokong utama kerajaan. Tidak pernah berubah dari dulu hingga kini. Tapi aku bertindak dan berfikir atas rasional mengikut keadaan semasa. Logik dan kewarasan perlu mengatasi emosi.
Apabila terkeluarnya berita seorang ADUN BN di Perak keluar parti, aku termenung. Gembira tidak, kecewa pun tidak. Cuma yang aku harapkan supaya orang2 politik ni mengamalkan politik gentleman. Jika mahu lompat parti, letak jawatan sebagai ADUN. Buat pilihanraya semula. Bukan apa, aku kasihan dengan orang Melayu terutamanya yang memilih parti dahulu, bukannya calon. Jadi pada pemikiran aku, ada kemungkinan besar yang hamba Allah yang menang pilihanraya dulu disebabkan partinya, dan bukan atas kredibilitinya.
Maknanya apabila hamba Allah ni keluar parti, dia telah menidakkan sokongan orang ramai pada partinya sekaligus mengkhianati pilihan orang di kawasan itu yang berkehendakkan parti yang diwakilinya menang.
Pada aku semua orang perlu hormat pada pilihan orang ramai. Kita mengundi berdasarkan parti, lainlah kalau calon bebas. Kalau bukan berdasarkan parti, takkanlah orang luar pun boleh menang di kawasan yang dia sendiri tak pernah sampai.
Kesimpulannya beginilah, aku cadangkan siapa2 yang nak lompat parti, tak kira apa parti pun letak jawatan ADUN. Buat piliharaya semula. Baru adil kepada penduduk kawasan itu.Kata orang, setinggi-tinggi katak melompat akhirnya mati katak juga.



Berkaitan Palestin ni pulak, kita bantulah mereka. Boikot pun baik. Ada kengkawan aku kata buat apa nak boikot. Barang-barang Amerika dan Yahudi ni dalam semua tempat ada. Jawab aku mudah je, kita boikotlah barang-barang tu kalau ada pilihan lain. Tapi kalau itu je barang yang ada dalam kedai, kita belilah tapi dengan hati yang tak redha. Allah saja yang mengetahui.




