Saturday, November 18, 2017
Lama benor...
Uiiikksss....
Dah lama benor tak update.. bukan setakat tak update, jenguk pun tidak.. haha.
Sedar tak sedar dah 8 tahun dulu update terakhir..
Ini pun saja je menulis, Nak kabo aku masih hidup lagi setakat ni. Syukur kepada Allah.
Umur pun dah masuk 4 series. Kesibukan pun makin menjadi-jadi. Apa boleh buat.. nasib badan.
Bukan nak kembali tapi terasa nak update je.
Kata orang, lama tak makan belacan tapi belacan jugak yang dikenang-kenang..
Hahaha..assalamualaikum.
Saturday, April 25, 2009
Oh Kereta Lembu
Monday, March 16, 2009
Mengharap Udara Untuk Bernafas, Menyeru Ilham Untuk Berkarya
Sunday, March 1, 2009
Pokok Yang Meninggi Datangnya Daripada Akar Yang Teguh
Sunday, February 22, 2009
Kalau Tengok Daun Yg Menghijau, Pandanglah juga Akar di Bawah
Sunday, February 15, 2009
Apa Nak Jadi
Seminggu dua sebelum kejadian tadi, ketika aku tengah nak start kereta lalu jugak group budak2 motor ni. Remaja belasan tahun gak. Yg buat hati aku terbakar, ada dua ekor ni yg membonceng selamba je hidu gam. Takde perasaan bersalah langsung. Dah la lalu depan kawasan rumah orang, takde langsung rasa malu hidu gam. Macam la hidu gam tu ibarat memegang duit sejuta. Penuh rasa bangga.
Pada aku, ada something wrong pada bangsa kita. Tak tahulah, mungkin sistem pendidikan, sistem kekeluargaan atau pada dasar2 yg lain. Orang2 di atas ni kena buat sesuatu segera. Masyarakat pun sama, kita pun sama. Biarpun bukan semua begini, tapi elok kita atasi sebelum merebak. Org Melayu kita ni suka mengambil contoh benda2 yg tak elok. Jadi elok sangat kalau diatasi hal2 sebegini.
Tuesday, February 10, 2009
Perak- Mual Lagi Meloyakan
Malangnya, kegelojohan parti cap keris ni yg tak sabar-sabar nak berkuasa telah memilih jalan yang mengundang kemarahan. Apa salahnya bersabar dulu dan tunggu sidang DUN. Bila terjadi perkara sebegini, barulah ramai yg terkejut. Aku percaya parti cap keris pun terkejut. Untungnya parti cap keris ni, media2 utama di negara ni semuanya barua parti. Bolehlah parti cap keris ni cakap macam2.
Dlm hal ini, Paduka Seri Sultan Perak tak bersalah pun. Kita perlu terima hakikat bahawa sultan ni is above the law( walaupun Raja2 mempunyai mahkamah khas untuk dibicarakan ). Juga baginda tahu dan arif mengenai undang2 ni.
Harus dingat juga sebelum parti cap keris melabel mantan MB sbg penderhaka, org2 parti cap keris ni kena tepuk dahi, ingat semula peristiwa di Terengganu selepas PRU dulu. Apakah itu bukan derhaka? Menolak titah sultan dan menentangnya adakah dinamakan bukan derhaka? Bezanya mantan MB mohon izin derhaka dan ahli politik Terengganu tidak. Parti cap keris ada media utama yg boleh putar belit, parti yang melawan arus pun ada, tapi nak beli kena jadi ahli. Permit pulak anytime boleh kena tarik. Tu lah nasib mereka.
Lepas ni harapan aku, rakyat di Perak terima sajalah apa yg berlaku. Tak payahlah menyalahkan sultan. Sultan ni bukti org Melayu masih berkuasa di tanah air. Kalau tak puas hati pun, simpanlah sampai PRU akan datang. terjemahkan dlm bentuk undi. Tak payahlah demonstrasi ni. Menyusahkan org je.
Nampaknya bila terjadi kemelut ni, aku kena setujulah undang2 anti lompat katak ni.