Friday, January 23, 2009

Melayu Oh Melayu

Kadang2 aku pening dengan bangsa kita ni. Bangsa kita ni belum sampai taraf bangsa profesional lagi.
Kita berpecah belah kerana politik.
Kita berdendam kerana politik.
Kita saling jatuh menjatuhi kerana politik.
Laki bini bercerai berai kerana politik.
Macam2 hal sebab politik.
Politik itu kotor atau kita yang kotor?

Berbalik soal Melayu ni, cuba kita renungkan nasib bangsa kita ni. Secara jujurnya aku tidak sukakan UMNO kerana UMNO sudah menjadi barah tahap kritikal bagi marhaen seperti aku. Tapi bagi sebahagian kecil orang Melayu, UMNO adalah madu yang baru diambil dari sarangnya kerana kelebihan yang mereka peroleh daripada UMNO ( pastinya para kontraktor, pengampu2 dan juga ahli politik ).

Kita tidak perlu menjadi sentimental semata-mata kerana jasa UMNO yang memomokkan kita dengan sejarah lalu. Apa saja yang mereka lakukan untuk kita adalah tanggungjawab mereka. Siapa yang tidak berjasa? Komunis pun berjasa. Indon yang datang pun berjasa. Perlukah kita mengundi Mat Bangla yang suatu hari nanti mungkin mendapat kerakyatan semata-mata kerana mereka membina KLCC untuk kita ? Sejarah hanyalah satu peristiwa yang telah berlalu. Apa yang utama adalah masa depan yang menanti. Gelapkah? Cerahkah?
Pun begitu, jika melihat iklim politik dewasa ini, timbul bibit kerisauan di hati melihatkan bangsa bukan Melayu ini sudah mula berkokok bagai ayam jantan yang baru tumbuh tajinya. Timbul kebimbangan melihat tuntutan2 tidak munasabah daripada pihak2 sebegini.

Jujurnya, aku merasakan PAS perlu menjadi lebih kuat sebagai parti orang Melayu. UMNO sudah tidak boleh diharap. Tapi bila melihat suasana sekarang PAS bukan tunjang Pakatan Rakyat. Itu yang membimbangkan. Jika PAS tidak berjaya, maka wajarlah UMNO diberi peluang membaiki kesilapan mereka dan kembali melindungi hak dan kepentingan orang Melayu. Persoalannya, bolehkah UMNO berubah ? Susah nak cakap berdasarkan kerakusan kuasa serta permainan wang mereka sekarang. Mungkin tidak.

Satu kesilapan besar PAS adalah mereka mengetepikan peranan mereka melindungi orang Melayu yang beragama Islam di Perak. Mereka seharusnya menerima pelawaan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran di Perak memandangkan ADUN bukan Melayunya cuma ada seorang dua. Apabila PAS menerima gabungan kerajaan bersama DAP dan PKR, maka ADUN Melayu pula menjadi minoriti. Timbullah kerajaan negeri boneka.

Hendak harapkan PKR membela bangsa? Mimpi. PKR lebih menurut kehendak bukan Melayu ini. Sebab itulah bukan Melayu terutamanya India menyertai PKR kerana janji yang PKR berikan untuk membantu bangsa mereka. Mengharap pada PKR sama seperti menanti kereta BMW jatuh ke laman rumah.

Jadi, kepada siapa kita boleh bergantung harap? Tepuk dada tanya selera. Tepuk dahi renung ke depan.

Nasihat aku kepada orang Melayu yang menyertai Pakatan Rakyat: jangan menang sorak, kampung tergadai.

Nasihat aku kepada ahli UMNO : betulkan parti anda dahulu sebelum mendakwa menjadi pembela bangsa.

Melayu kah kita atau semakin 'melayu' kah kita?

No comments: