Friday, November 21, 2008

Kalut..kalut..

Masih tak habis-habis lagi orang politik ni. Sibuk dengan perebutan kuasa. Katanya demokrasi tapi tak mahu ada pertandingan. Takut pecah belah kononnya. Kalau begitu tak payah buat pertandingan kalau tak nak pertandingan. Apalah.. Wanita UMNO ni satu hal. Perubahan apa kalau orang yang kalah mahu didarjatkan.. Kalau dia dah kalah, maknanya perubahan dia tidak dimahukan umum. Hipotesisnya begitulah.. Yang lama tu pun, memanglah otak dah berkarat. Macam daun pisang, dah mati pun kena orang yang tolong tarik dan buangkan. Sendiri tak mau jatuh. Kalut, semua kalut.
Cerita tentang perpaduan Melayu, tapi sendiri bercakaran. Orang yang menang pemilihan bertambah kaya. Orang kanan ( kontraktor ) dapat projek. Mereka makin kaya, kita makin miskin. Sakit hati aku.
Patutnya pemimpin jatuh miskin sebab menyenangkan rakyat, bukan buat harta sebanyak boleh. Orang atas bercakap saja, kita di bawah jadi sasaran. Semua rakyat yang kena buat. Melancong dalam negaralah, membeli belah dalam negara, tapi dia pi melancong kat luar negara juga. Rakyat je terkontang kanting mengikut cakap dia.
Talk is cheap, kata orang putih. Orang melayu kata, cakap tak serupa bikin.

4 comments:

WARIS PAHANG said...

Salam Perkenalan,

Selamat berblog.

keretalembu said...

Terima kasih. Semoga anda dapat membantu biarpun nada kita berbeza. Yang penting, ukhuwah persaudaraan sesama bangsa dan agama itu.

Syed @ Don said...

anta ini nampaknya seperti golongan muda. Tidak ke barat, tidak ke timur. Cuba tindakan beralaskan sebab dan sebab yg kita dahagakan. Saya setuju dengan pendirian ini, saya berpendapat, golongan muda juga berfikiran begitu, tiada pihak layak dipilih lagi. Semuanya masih lemah. Kita tunggukan sahajalah bagaimana akan datang.

keretalembu said...

Syed@Don, terima kasih atas komen anda. Kita tunggu dan lihat sahajalah nanti. Kita berada dalam dilemma. Hati tidak gemarkan UMNO tapi perlu ada kesedaran berkaitan kekuatan politik orang Melayu. Logik dan rasional perlu ada biarpun hati tak sekata..