Masih tak habis-habis lagi orang politik ni. Sibuk dengan perebutan kuasa. Katanya demokrasi tapi tak mahu ada pertandingan. Takut pecah belah kononnya. Kalau begitu tak payah buat pertandingan kalau tak nak pertandingan. Apalah.. Wanita UMNO ni satu hal. Perubahan apa kalau orang yang kalah mahu didarjatkan.. Kalau dia dah kalah, maknanya perubahan dia tidak dimahukan umum. Hipotesisnya begitulah.. Yang lama tu pun, memanglah otak dah berkarat. Macam daun pisang, dah mati pun kena orang yang tolong tarik dan buangkan. Sendiri tak mau jatuh. Kalut, semua kalut.
Cerita tentang perpaduan Melayu, tapi sendiri bercakaran. Orang yang menang pemilihan bertambah kaya. Orang kanan ( kontraktor ) dapat projek. Mereka makin kaya, kita makin miskin. Sakit hati aku.
Patutnya pemimpin jatuh miskin sebab menyenangkan rakyat, bukan buat harta sebanyak boleh. Orang atas bercakap saja, kita di bawah jadi sasaran. Semua rakyat yang kena buat. Melancong dalam negaralah, membeli belah dalam negara, tapi dia pi melancong kat luar negara juga. Rakyat je terkontang kanting mengikut cakap dia.
Talk is cheap, kata orang putih. Orang melayu kata, cakap tak serupa bikin.