Sunday, February 8, 2009

PPSMI- Terlajak Perahu Boleh Diundur

Aku tertarik dengan pendapat Syed @ Don dalam blognya berkaitan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) Berbeza dgn pendapat beliau, tanpa berselindung aku tidak bersetuju dgn dasar yang aku sifatkan sebagai tergesa-gesa ini.

Pada asasnya, PPSMI ini bertujuan meningkatkan penguasaan BI di kalangan pelajar. Tanpa mengambil kira pandangan org ramai, dasar ini diteruskan juga pada tahun 2003. Tiada kajian pun dilakukan untuk mengenalpasti kemampuan para guru untuk melaksanakan dasar ini. Kesannya, guru tak boleh melaksanakan 100%, ibu bapa terutama di luar bandar pun tak boleh, murid jadilah tak boleh2 juga.

Aku syorkan kalau kita nak meningkatkan taraf BI di kalangan murid, apa salahnya kita tambah saja waktu pengajaran BI itu sendiri. Aku percaya dan yakin ibu bapa tak membantah pun kalau murid pulang lewat sikit dari sekolah akibat pertambahan masa ni.

Aku secara peribadi tak percaya langsung keputusan Sains dan Matematik dalam UPSR, PMR, atau SPM boleh dijadikan ukuran kejayaan dasar ini. Sebabnya, gred bagi peperiksaan ini diambil kira dari keputusan keseluruhan. Kalau markah yg paling tinggi di Malaysia ini 50, maka 40-50 markah, A lah. Gred2 yg lain akan ikut turun juga. Selain itu, aku rasa keputusan peperiksaan di negara kita ni masih dipengaruhi faktor politik. Sebab tu lah, kalu kita tgk hamba Allah yg jadi menteri pelajaran ni ,memang cepat naik dalam politik ni.

Sblm aku blah, Prof. Awang Sariyan ada bisik2 kat aku kat Hotel Malaya dulu dlm tahun 2007 bahawa PM ada janji nak tarik PPSMI ini masa beliau dan rombongan org bahasa jumpa dia sekitar 2005 tapi tak tarik2 juga. Penerangan beliau berkaitan isu ni sgt jelas pada aku.

Selain dari tu, aku bukan nak jadi racist, tapi aku heran mengapa SJK Cina boleh guna bahasa ibunda dan BI gilir2 ikut waktu. 3 waktu mengajar guna BI, dan selebihnya bahasa ibunda dia .SK Melayu pulak kena buat 100% BI. Hairan juga...

Kesimpulannya, kita buang je lah dasar ni. Tapi jgn lah buang dgn cara tergesa-gesa. Kita mulakan semula BM pada murid tahun 1 pada tahun yg mendatang. Yg dah mula belajar tu, biarkanlah dia belajar guna BI. Nanti terkejut beruk pulak. Dan pada aku yg sekolah takat darjah 5 ni, kalau nak ajar guna BI pun, mulakanlah di sekolah menengah yang mana murid2 tu dah pun terdedah dgn BI di sekolah rendah. Kita kuatkan asas di bawah dulu, baru teguh di puncak..

Tu kata aku la yg sekolah takat darjah 5 ni..


Friday, February 6, 2009

Aku dan Kenangan Politikku Part 2


Sebagaimana yang aku cerita sebelum ni, tahun 1995 adalah pilihanraya pertama dan terakhir aku terlibat secara langsung. Aku dan geng2 muda ni ditugaskan untuk menggantung poster. Jauh jugak la berjalan tampal poster. Macam2 pengalaman pun dapat. Geng2 aku ni dipanggil komando PAS. Memang komando betul la. Gantung poster pun mana pakai tangga. Buat tangga manusia je. Pegi gantung poster pun pukul 2 pagi naik lori pisang. Duduk la dalam lori tu bersama pisang. Bau pun macam pisang. Tapi takde sorang pun merungut. Semuanya ikhlas kerana Allah. Duit tak dapat, baju pun tak dapat. Kalau nak dibandingkan dengan parti cap keris tu, pegi gantung poster pun pakai Perdana. Duit pun dapat. Baju lagi la. Aku pun dapat baju dacing tu ( mintak pada kawan ), tapi aku buat balut nangka je..


Kenangan yang paling aku ingat masa gantung poster ni adalah kita orang ni maklumlah komando, pegi gantung poster pun depan bilik gerakan parti cap keris tu. Apa lagi, melentinglah orang2 parti cap keris tu. Hampir nak gaduh, sikit je lagi. Kita orang ada lebih kurang 10 org je nak banding dengan 20-30 orang dia. Tapi hati dah nekad, apa nak jadi, jadi la. Nasib ada org2 tua yg waras dr kedua-dua pihak yg menenangkan keadaan. Jadi, selesai la cara baik.
Dia org marah pasal kita org gantung poster depan bilik gerakan dia. Bukan atas tanah dia pun, tapi dekat tiang letrik je. Tak masuk pun kawasan dia. Kita org pun soal baliklah, rumah yg dia org pakai buat bilik gerakan tu, bukannya parti cap keris punya tapi kerajaan yang punya ( balai raya ). Masa bubar parlimen tu maknanya, takdelah kerajaan.


Sampai skrg pun aku pelik tgk manusia cap keris ni, hak parti dgn kerajaan pun tak reti nak beza. Patutnya bertandinglah cara adil. Jgn gunakan apa yg kepunyaan kerajaan bila kita bertanding pilihanraya. Tu namanya salah guna. Sampai skrg aku tgk, balai raya masih digunakan sebagai bilik gerakan parti cap keris ni.

Sambung bab tadi, bila kita org cakap gitu org bijak pandai parti cap keris ni pun jawab, parti cap keris lah kerajaan. Apa ke bodoh sgt org tu ( maaf, bahasa kasar ). Apa yg dimiliki kerajaan, kerajaan lah punya. Maksudnya, semua org berhak. Bukan cap keris je. Apa yg dimiliki parti, barulah parti yg punya. Bukan kerajaan punya. Skrg ni bertanding pilihanraya atas parti, bukannya kerajaan lawan parti cap bulan, cap roket, atau cap nombor tu ( skrg dah bubar ). Bila dah bubar parlimen, mana ada kerajaan dah.. Yg ada tu cuma menjalankan tugas sementara menunggu pilihanraya je..
Satu lagi pengalaman aku menggantung poster ni, adalah satu malam tu geng kita org nampak ada org terbaring tgh jalan. Drebar kita org tak nampak, tapi geng yg lain nampak. Kelam kabut kita org melompat dari lori, tak sempat lagi lori tu nak berhenti. Dengan aku sekali melompat terjun. Tapi lori dah slow la.. Kecemasan punya pasal. Hati ni mengucap panjang dah. Sampai je kita org kat situ, rupanya yg terbaring tu awek dlm lingkungan 13 - 18 thn. Tgk luka, takde pun luka.
Tak lama lepas tu, ada budak kampung situ sampai.( drebar pegi cari pertolongan, bgtau budak muda yg melepak kat kedai. masa tu mana ada handphone lagi..Ada tp mahal.) .Ada lah abg budak perempuan yg terbaring ni sekali. Abgnya pun gerak2 lah adiknya tu sampai sedar. Bila adik dia sedar, menangis meraunglah awek ni tengok org kerumun dia sambil jerit macam mana dia ada kat sini. Aku suspens dah, igt hantu yg bawak. Last2 abg dia bagtau adik dia ni memang selalu berjalan dlm tidur. Dlm hati aku, org macam ni pun ada jugak.. Nasib baik tak kena langgar je. Kesian jugak la kat budak perempuan tu. Hai, macam2..
Banyak lagi pengalaman, termasuk nampak benda pelik2 ni. Tapi tu takde kaitan la.. Seronok memang seronok. Aku selalu menghargai kenangan aku ni sebagai turning point hidup aku. Tak lupa jugak aku nak kata, sebab menampal poster ni lah aku jumpa Shabery Cheek tu. Masa tu dia org kuat parti cap nombor dan org kanan Ku Li. Dia ikut kita org pegi tampal poster. Dipendekkan cerita, tak lama lepas tu dia bgtau Ku Li nak belanja kita org pegi melancong ke Cameron Highlands. Memang dia belanja. Tu la first time aku pegi Cameron.

Nanti kalau kelapangan aku cerita pulak pasal hari pengundian tu. Aku bertugas di pondok panas.
Kata org, jauh perjalanan luas pemandangan. Aku setuju 100%.

Thursday, February 5, 2009

Aku dan Kenangan Politikku Part 1

Terima kasihlah kepada mereka yang memberi komen, teguran, pendapat dan sebagainya. Aku terima saja apa yg dikatakan. Ada yang mengharapkan aku menulis atas kebenaran dan sebagainya. Ada juga yang menganggap aku budak mentah yang tak tahu apa2. Terpulang kepada tanggapan anda kerana kebenaran ini berat maksudnya. Ramai yang sesat kerana mencari kebenaran, ada juga yang bermatian mempertahankan kebenaran kerana menyangka mereka berada di pihak yang benar, manakala orang lain tidak benar. Salahkah mereka? Tentulah tidak, itu hak masing2. Mereka ada hujah begitu dan begini, seperti mana aku juga. Jadi kalau aku kata aku benar dan mereka kata mereka benar, siapa yang sebenarnya benar2 benar? Tidak perlulah terlalu emosional kerana org yang emosional hanya menampakkan kelemahan diri saja. Kita terima saja setiap orang ada akal dan pemikiran yang berbeza. Hormatilah..

Aku sebenarnya sudah mengenali politik ini sejak tahun 1994 lagi. Waktu tu faham-faham sajalah. Dr. Mahathir lah segalanya. Parti cap keris tu lah buah hati pengarang jantung. Almaklumlah, suratkhabar baca yang mainstream saja. Jadi kita melihat dari satu sudut je. Berkawan pun dgn parti cap keris. Jadi segalanya, baik di mata. Cuma masa tu aku tak join jadi ahli je.

Sehinggalah suatu hari, aku join satu usrah pemuda kat kampung aku. Usrah ni bagus. Malam2 belajar agama. Tidur pun kat surau je. Tapi nak kata aku pandai agama pun tak juga. Muda2 ni nak seronok berkawan je. Malangnya, bila aku join usrah ni, aku dilabel sbg orang parti cap bulan. Sampaikan ada org bagitau mak ayah aku mintak aku dan abang aku tak join usrah ni. Alasannya macam2 lah. Malas nak sebut. Tapi hati aku berbulu je.

Yang paling aku nak marah, seingat aku dalam usrah tu takde pun cerita pasal politik. Ustaz2 yg mengajar tu pun takde pun suruh masuk parti cap bulan tu. Tak payah bagitau pun aku dah tau ustaz2 yg mengajar ni bulan punya org. Yang ustaz2 tu ajar, Sifat 20, tadarus quran ramai2, solat jemaah dan macam2 lagi. Hairan aku mengapa sampai begini tahap pemikiran org parti cap keris ni. Belajar agama pun salah. Bila belajar agama je, mula la kata orang parti cap bulan. Agaknya dia org suka kalau generasi aku masa tu jadi mat motor ( masa tu takde istilah mat rempit ) naik motor Suzuki Jipang pergi berlumba. Mereka hanya pandai bercakap tentang agama sebagaimana pemimpin2 mereka di atas kayangan nun.

Last2, tahun 1995 aku mula serius dgn parti cap bulan ni tapi tak daftar jadi ahli sampai sekarang pun. Segala yg indah ni mula dah terbongkar. Bukan dari cerita org, tapi dari mata dan akal aku sendiri. Minda mula membuat perbandingan antara kedua parti ni. Dipendekkan cerita, tahun tu ada pilihanraya. Biasalah, org muda tentu kerja tampal poster. Macam2 pengalaman aku dapat. Jumpa macam2 jenis manusia, tengok ragam orang, hampir bergaduh pun ada.. Tapi tu lain kalilah aku sambung. Eloklah aku buat part 2 pulak lepas ni. Hari dah lewat malam. Esok nak kerja.

Apapun, terima kasih sekali lagi kepada yg komen terutamanya Orang Ulu yg mempertahankan aku. Kalau ada masa, marilah kita ramai2 pergi memeriahkan blog dia. Jom jugalah kita melawat blog braveheart kalau kita nak mendapat pandangan yg lain. Tak salah pun kalau kita baca atau kaji sebelum kita buat keputusan. Kalau nak sesuatu yang berbeza, blog Syed@Don ada. Bacalah dari sudut ilmiah kerana penulis ni tinggi pelajarannya. Tak dapat sebut yang lain, mintak maaflah..


Kata org, people died but memory remain forever. Betul tak betul omputih aku ni tak tau. Maklumlah sekolah takat darjah lima je.












Wednesday, February 4, 2009

Perak Yang Sesak


Pelik. Sungguh pelik. Mengapa Adun di Perak keluar parti beramai-ramai? Berita terbaru aku dengar BN dah kuasai Perak. Yang lagi pelik, ada sorang Adun BN dah keluar parti selama 10 hari, jilat semula ludah dia dan kembali semula ke pangkuan BN. Apa jenis manusia ni? Aku betul2 pening. Apakah ada janji2 yang ditaburkan? Adakah kebetulan pula perkara sebegini berlaku ketika Timbalan Menteri Perdana memegang jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perak.

Aku cukup takut sekiranya ada perkara2 yang tak elok di sebalik semua ini. Aku tak kisah pun, siapa yang memerintah tapi biarlah secara gentleman sebagaimana yang aku sebut dulu. Pada aku, aku setuju dalam keadaan sebegini dibubarkan DUN Perak dan adakan pilihanraya semula di Perak. Baru nampak adil dan saksama. Rakyat diberi hak semula menentukan kerajaan pilihan mereka, jika benar itu kehendak mereka.

Dalam keadaan sebegini, adalah tidak adil menganggap penguasaan semula BN ke atas negeri Perak melambangkan kehendak rakyat kerana sangat jelas bahawa Adun ini hanya mewakili diri mereka sahaja. Mereka sanggup berbuat apa sahaja atas alasan kehendak rakyat. Rakyat hanya digunakan sebagai batu loncatan serta untuk menghalalkan tindakan mereka saja.

Malang dan kasihan penduduk negeri Perak.

Kekalutan di Perak



Kejap kata dah keluar PKR. Kejap nafi. Kejap jadi Adun Bebas. Nanti apa pulak lagi. Kadang2 hairan melihat gelagat orang politik ni. Macam drama Mexico rasanya. Mereka ni tampak macam tak peduli pun penduduk di kawasan mereka.

Mengapa tiba2 nak keluar daripada parti yang diwakili? Kebetulan pula kedua-dua Adun PKR ni menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah. Tidak berniat nak menimbulkan syak wasangka, tapi seolah-olah macam ada cerita lain di sebaliknya. Tiada niat juga aku untuk menyatakan apa yang bermain di kepala kerana khuatir akan menjadi fitnah. Tapi mari sama-sama kita fikir; dua org Adun Kerajaan Negeri Perak yang juga EXCO dan sedang menghadapi tuduhan rasuah di mahkamah ( termasuk rasuah seks ) tiba-tiba nak keluar parti dan menjadi Adun Bebas. Apa rasionalnya? Ada udang di sebalik mi gorengkah?

Aku hanya menunggu sesuatu perkara yang mungkin akan berlaku yang akan dapat mengesahkan tekaan aku. Macam-macam SMS yang aku terima, menceritakan tentang hal ini. Setakat ni, biarlah itu sebagai khabar angin shj.

Kalut. Sangat kalut.

Kata org, gajah sama gajah bertempur, pelanduk di tengah jadi mangsa. Siapa pelanduk? Fikirlah sendiri.

Tuesday, February 3, 2009

Hikayat Kereta Lembu



Aku dah ubah title blog aku ni kepada HIKAYAT KERETA LEMBU. Nak bagi sesuaikan dengan isi blog ni. Nama KERETALEMBU ni aku dah pakai zaman-berzaman. Susah nak ubah. Walaupun macam2 kesukaran yg timbul (termasuklah org ingat aku org Melaka dan mcam2 lagi) , aku akan kekal guna nama pena aku ni. Kalau ubah, gerenti tak ingat nama baru tu.. Dah sebati.

Hari ni aku sempat ajar sorang sahabat cara2 buat blog ni. Harap2 dapatlah dia buat blog utk diri dia sendiri. Aku bukan pandai pun, tapi ilmu sikit2 ni aku kongsilah. Sikit2 boleh la.. Lebih2 aku pun tak pandai. Sahabat tanya aku tentang tema blog dia. Aku cakap aku mana tau. Blog aku ni aku belasah apa yang aku terlintas je. Nak buat blog pasal peribadi aku, pada aku hidup aku, hak aku la. Cintan-cintun ni, dah habis zaman. Kenangan banyak tapi yang berlalu tu, biarkan berlalu ( macam lagu Wings tu ). Jadi aku cakap pd sahabat, atas diri dia sendiri la nak buat apa blog dia tu. Aku menyokong je. Jangan yg pelik2 dah le.

Kata org, bila kita mati nanti penemannya adalah ilmu yang bermanfaat.. Harap2, manfaatlah ilmu yg aku bagi tu..

Monday, February 2, 2009

Tabika Kemas

Berita terbaru yang aku dapat sebentar tadi adalah penutupan Tabika Kemas di sebuah negeri di utara, kalau tak silap. Aku tonton dalam TV3. Aku cuba cari dalam mana2 akhbar online. Tak jumpa pulak.
Serentak dengan itu juga, aku dapat SMS daripada seorang sahabat berkaitan hal ini. Kata sahabat tu, isu penutupan Tabika Kemas nu mainan politik lawak UMNO je. Katanya lagi tabika tersebut ditutup kerana bangunan yang digunakan oleh tabika tersebut merupakan bangunan milik kerajaan negeri. Jelasnya kalau kerajaan yang lama dah kalah, tentulah wajar bangunan tersebut diserahkan kepada kerajaan negeri yang baru.

Ada betulnya juga kata sahabat tadi. Tadika PASTI milik Pas pun dimiliki atau disewa sendiri oleh parti Pas.Jadi, mungkin betullah kata sahabat. Kerajaan bertukar ganti tapi bangunan masih kekal milik kerajaan. Kerajaan yang mana? Tentulah kerajaan semasa.

Tapi masih ada seperkara dua yang bermain di kepala aku. Adakah tabika tersebut diberi notis penutupan? Atau mungkinkah tindakan ini dibuat atas alasan politik? Tak berani aku nak komen. Tak cukup sumber . Kalau komen juga, takut salah lalu jadi fitnah.

Kalaulah tabika tersebut telah diberi notis, takpelah. Dengan syarat notis pindah tu biarlah dgn tempoh yg memadai. Kalau ditutup dengan tergesa-gesa, kesian jugaklah pada budak2 kita. Aku tengok dlm berita tadi, ada mak ayah budak yang nak menangis dah.

Ishhh.. Tak berani aku nak komen. Kalau ada pembaca blog aku ni yg tau ceritanya, kongsilah. Nak tau juga ceritanya.

Kejap lagi adalah sahabat yg mesej...